BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, September 17, 2011

cinta itu~


Yang tiada akhirnya
Dan aku tahu,
Itu hanyalah di syurga.

Aku mula memandang dunia,
Dengan pandangan yang berlainan,
Ibarat formula-formula yang terapung,
Menanti untuk diselesaikan

Hari ini ujian ini,
Dan esok ujian itu,
Hingga aku sendiri menjadi mangli
Dan air mataku telah kering berhenti

Gembira, sedih
Suka, duka
Putaran ini wujud di dunia,
Kesedaran hidup di alam fana
Aku patut berhenti berfantasi
Mengimpikan bahagia selama-lama di atas muka bumi ini
Kerna bahagia tanpa wujud akhirnya
Hanya wujud di syurga sana

Sama ada aku memilih untuk berdiri
Atau aku tidak akan mendapatkannya nanti

maafkan ana~

maaf.. bkn niat ana utk menjauh apa lg mengelak..
itu bknlah diri ana.. maaf sekali lg..
tp, sudah terang lagi nyata hasrat yg terpendam ana lafazkan..
kenape msh nk menahan..??
ana sedang buta, bisu dan pekak..
ana sedang dalam pencarian..
ana bkn hanya nk stakat pada 'nama' n title...
maafkan ana..

ana nk ada org yg boleh memimpin ana yg sedang buta ini..
ana nk ada org yg bisikan kalimah Allah pada ana yg pekak ni..
ana nk ada org yg membasahi lidah ana dgn selawat dan zikir..
ana nk ada org yg blh berkongsi bersama ana wangian syurga yg mereka ada..

tp kenapa kita berbeza????
perlukah kita membezakan diri dgn mereka???
kenapa???????????????????!!!!!!!!!!!!!!='<
sedih sgt2 antum xphm matlamat kita bersama...
ana nk kita seperti keluarga..
yg sentiasa bersefahaman walau dlm masalah..

tp....... kenapa hati ana keras tatkala bersama antum???
kenapa?? smua tu dtg dr... xnk salahkan sesapa...
kita muhasabah diri masing2...
mungkin dgn 'talak' nie kita dapat fikirkan baik buruk msing2...
sepanjang tempoh 'eddah' nie...
kalo kita x jmpa jln sefahaman.., kita terpaksa jugak 'bercerai'..
maafkan ana....

tp..., ana hrp kalo kita berjumpa..
jgn campuri urusan peribadi kita..
walopun ana sedang bersama dgn daei lain..
jgn salahkan mereka..
ana dah cuba buat keputusan yg terbaik dlm diri ana..
itu pilihan ana..

JGN TUNDING PADA ORG LAIN!!!
mungkin kita masih lemah..
refill iman masing2... saling sama mengingati..
jgn kerana ana kerap beralas nk bersama antum dah nk kata mcm2..
awk bg mcm tu awk x sedar ke yg iman awk pun sedang naik turun jugak..
agak kasar yerr cara antum nk berdakwah..
Islam x ajar mcm tu..
dakwah dalam Islam penuh kesantunan dan kelembutan..
itu sebenarnya yg menolak hati ana utk bersama antum..
maafkan ana..

kalo lah antum buat pada org yg sedang meraba dalam mencari Islam..
yg sedang buta dgn agama yg BENAR ni..
tertarik kah org???!!! fikirkan...
mereka perlukan persefahaman..
mereka perlukan ketelitian...
ana bkn judge nk mengadili org..
tp kita harus saling berpesan pesanan..
bkn menyindiran...

kalo antum pun sesama teman kena sindir ckit dah tarik muka..
apa tah lg bab agama nie..
Ya Allah..nasib baik Allah msih nk selamatkan hati ana..
keputusan ana x dipengaruhi oleh sesapa dan ana x mempengaruhi sesapa..
HARAP FAHAM dgn STATEMENTS tuh....
maaf... ana x di didik dgn sindiran..
jd ana terlalu faham..
 maafkan ana...
renungan dan peringatan bersama..=;
wallahualam....

bunga seorang mujahid

Aku petik bunga yang indah ini
Agar ia hiaskan taman sanubariku
Wanginya semerbak dalam kamar hatiku
Cantiknya berseri dalam hari-hariku

Saat aku melamar kamu dulu
Senyum ayu kamu berikan
Bergetar jiwa aku tika itu
Membara rasa cinta ini

Aku ingat lagi tika itu
Setelah kamu halal aku miliki
Tangis syukur yang kamu hadiahkan
Sekali lagi kamu senyum kepadaku
Bergetarlah jiwa aku melihatnya
Bahagianya bukan kepalang

Oh bungaku
Kamu tersangatlah indah padaku
Sentiasa kembang mekar
Durimu tidak pernah melukakan aku
Harummu menyenangkan perjuanganku

Wahai bidadariku
Api cinta yang kamu nyalakan ini
Semarakkan lagi semangat dakwahku
Sabarnya kamu menemaniku
Di bawah sayap ini kamu setia menunggu
Pengorbananmu sayang, aku hargai

Kejelitaan isteriku tidak bisa digambarkan
Aku lindungkan ia disebalik purdah sutera
Dengan taburan warna merah jambu
Agar jelitanya itu menjadi santapanku seorang
Tidak mahu aku kongsikan itu
Kerana ia begitu istimewa padaku

Bunga sang mujahid ini
Dihinggap rama-rama iman sentiasa
Madu solehahnya jelas terasa
Embunnya mengalir seinfinitinya
Cintanya ia pada yang Maha Esa
Dengan taat padaku mujahidnya tercinta

Keikhlasan cinta kepada Allah
Kamu buktikan dengan mentaati aku
Sungguh bungaku yang indah
Kamu hadiah Allah yang istimewa
Hadirnya kamu bisa menyembuh duka
Dengan cinta itu sebagai ubatnya

Cintamu ya bidadariku
Bisa menikam musuh-musuh dihadapanku
Bisa luluh jiwa-jiwa mereka itu
Bisa membangkit nafsu jihad bergelora
Tenang aku memegang panji tiada resahnya
Barisan hadapan akan aku mara
Syahid bahagia pasti aku buru
Kerana adanya kamu menemaniku

Bunga sang mujahid ini
Akanku tunas ia sebaik-baiknya.

bahumu yang kurindu~


Kala aku sukar,
Kau sentiasa menyuakan bahumu,
Kau satu-satunya yang tidak akan menabahkanku dengan kata,
Kau adalah yang satu-satunya menguatkanku dengan tindakannya,
Sukar mencari sepertimu,
Kerna setakat ini kau seorang sahaja,

Berjauhan kita takdir Tuhan,
Aku berdiri di sini dan kau di sana mencari redha Ar-Rahman,
Aku tahu kau tidak sukar tanpaku,
Tetapi nyata aku kepayahan tanpa kewujudanmu,
Kerna kau satu-satunya bahu yang ada,
Saat tenagaku susut kontang kekuatannya.

Bila bersendiri,
Aku rindu saat kita bersua,
Saat kau mendengar luahan rasaku penuh perhatian,
Tika kau mengerutkan dahimu tanda berkongsi keperitan,
Masa kau mengetap bibirmu turut kegeraman,
Bila kau berkata “Enta nak ana bantu apa? Ana usahakan.”
Kadangkala hingga tertitis air mata ini,
Kerna manusia sepertimu tidak dapat kujumpa lagi

Hatta berjauhan,
Kau masih memberikan bahumu,
Di atas talian, kita berhubung, kau tetap berusaha menguatkanku,
Setiap saat kau usaha memberikan tenaga,
Setiap waktu kau cuba mengisi jiwa,

Nyata bahumu kurindu,
Untuk kuluah segala-gala,
Kerna kau sahaja,
Yang tidak aku segan melemahkan diri selain Dia.

jangan hingga kesemua pintu kamu ditutup~


da masa kadangkala kita ini melihat diri kita tidak punya harapan. Pelbagai jenis tidak punya harapan yang mungkin kita hadapi. Lain manusia, lain tidak punya harapannya.
Ada orang merasakan, dirinya tidak punya harapan untuk menjadi baik, soleh, bertaqwa dan sebagainya. Setiap kali dia berusaha ke arah kebaikan,dia mesti jatuh. Ataupun, dia menyedari bahawa dia perlu jadi baik adalah apabila dia telah tenggelam dalam lautan kemasiatan, dan kemaksiatan itu telah menjadi darah dagingnya.
Ada orang lain pula, merasakan bahawa dirinya tidak punya harapan untuk bahagia. Dalam hidupnya hanya ada kesusahan. Dari kecil tidak difahami. Asyik dibenci walau telah mencuba yang terbaik. Sering gagal walau telah berusaha. Dan dalam apa jua kerjanya, tindakannya, perjalanan hidupnya, pasti ada dugaan dan cubaan yang membawa derita mengekorinya.
Dan ada macam-macam jenis lagi ‘perasaan tidak punya harapan’ yang wujud pada manusia.
Dan perasaan-perasaan ini biasanya membawa kita kepada ‘penutupan kepercayaan kita kepada Allah SWT’. Kita rasa Allah tidak menyebelahi kita. Kita rasa Allah memang nak masukkan kita dalam neraka. Kita rasa Allah memang telah mentakdirkan kita dengan penderitaan. Kita rasa itu, dan kita rasa ini.
Tetapi guru saya, Dr Ala’ Hilat berpesan:
“Hendaklah kamu, jangan hingga kesemua pintu antara kamu dengan Allah SWT, kamu tutup.”

Kisah Imam Ahmad dan seorang pencuri 1
Dr Ala’ mengeluarkan ayat itu, selepas dia menceritakan kepada kami akan kisah Imam Ahmad ibn Hanbal Rahimahullah, dengan seorang lelaki yang sering mencuri.
Lelaki itu, kerjanya mencuri. Satu hari, Imam Ahmad menangkapnya mencuri di sebuah kedai. Pada hari yang lain, Imam Ahmad menangkapnya lagi di tempat yang lain. Dan pada satu hari yang lain, sekali lagi Imam Ahmad menangkapnya di tempat yang lain. Itu di kala Imam Ahmad terjumpa akan pencuri itu, dan bagaimana agaknya sikap pencuri itu di tempat yang tidak dijumpai Imam Ahmad?
Pastinya dia mencuri lebih banyak lagi, dan tidak pula berhenti dari perbuatannya itu walau telah ditangkap beberapa kali.
Namun pada suatu hari, Imam Ahmad melihat seorang lelaki yang khusyuk solat sebelum masuk waktu Subuh di hadapan Kubur Rasulullah SAW, dalam Masjid Nabawi. Bila diperhatikan dengan lebih teliti, barulah Imam Ahmad perasan bahawa lelaki yang sedang bersolat itu, adalah lelaki yang telah ditangkapinya beberapa kali.
Imam Ahmad agak terkilan dengan apa yang dilihatnya. Dia tahu lelaki itu masih mencuri. Tetapi kini lelaki itu dengan selambanya muncul di kubur Rasulullah SAW. Sedang tempat itu adalah tempat yang mulia.
Imam Ahmad segera mendapatkan lelaki itu selepas lelaki itu menyempurnakan solatnya. Lengan lelaki itu ditarik.
“Wahai Fulan, tidakkah engkau malu kepada Allah dan Rasulullah SAW? Engkau adalah seorang pencuri, dan kini engkau bersolat berdekatan kubur Rasul SAW? Apakah engkau tidak malu berada di tempat semulia ini?”
Lelaki itu menjawab: “Wahai Syeikh, janganlah kau memarahiku. Ya, aku memang pencuri. Dan selepas ini aku pasti akan keluar lagi mencuri. Tetapi wahai Syeikh, inilah dia pintu yang aku masih buka untuk Allah SWT. Aku telah menutup semua pintu yang lain Syeikh. Tetapi pintu ini, aku masih membukanya. Aku berharap, moga-moga nanti, dari pintu inilah aku keluar daripada kehidupanku yang sebegini.”
Imam Ahmad terdiam. Lantas, membiarkan lelaki tersebut.
Yang dimaksudkan oleh lelaki itu amat difahaminya. Lelaki itu tidak boleh tidak mencuri. Itu seakan-akan telah menjadi darah dagingnya. Lelaki itu telah berputus asa untuk berhenti mencuri. Dia telah berputus asa untuk menjadi seorang yang baik. Tetapi dia tetap membuka sebuah pintu, yakni amalannya itu, solat sebelum subuh di hadapan Kubur Rasulullah SAW. Dia kekal melaksanakan amalannya itu, walaupun dia telah berhenti melaksanakan perkara-perkara lain. Dia masih membuka sedikit ruang, untuk percaya bahawa dia masih punya harapan.
Kisah Imam Ahmad dan seorang pencuri 2
Selepas beberapa tahun berlalu, Imam Ahmad tidak lagi melihat lelaki itu. Juga tidak lagi menjumpainya mencuri. Dan apabila tiba satu musim Haji, Imam Ahmad pun berangkat ke Makkah.
Di Makkah, dia perasan akan seseorang yang sedang berada di bawah lembayung Kaabah. Meratap dan menangis hiba sehiba-hibanya. Wajah orang itu pucat, dan tubuhnya kurus. Namun wajah itu seakan punya nur. Mata lelaki itu kelihatan agak kehitaman tanda banyaknya tangisan.
Imam Ahmad tertarik dengan kesungguhan lelaki itu, lantas mendekatinya.
Alangkah terkejutnya, apabila dia rupanya mengenali lelaki itu.
“Wahai fulan, bukankah engkau pencuri yang meninggalkan satu pintu antara dia dan Allah terbuka?”
Lelaki itu memandang Imam Ahmad. “Ya, wahai Syeikh. Akulah orang itu. Dan daripada satu pintu yang belum aku tutup itu, Allah keluarkan aku, menjadi aku yang hari ini.”
Dan Imam Ahmad Ibn Hanbal hanya mampu memuji Allah SWT akan apa yang diperhatikannya.
Allah itu, Maha Besar.
Dr Ala’ selepas menceritakan kisah itu, berkata kepada kami:
“Allah itu Maha Besar. Dia tidak sekecil kita yang diciptaNya. Allah itu Maha Besar, hingga dosa-dosa yang kita lakukan ini Dia mampu berikan masa. Sebab Dia terlalu besar untuk rasa terhina dengan dosa-dosa kita. Dia tidak terus mengazab kita. Lihatlah kaum-kaum sebelum kita, Allah menghantar terlebih dahulu Rasul. Maka percayalah bahawa Allah itu tidak sesekali meninggalkan kita. Percayalah bahawa Allah itu tidak akan sesekali menzalimi kita. Yang sebenarnya berlaku adalah, kita yang tidak mampu mencapai hakikat kebesaran Allah SWT yang sedang berjalan ke atas kita.”
Dr Ala’ menyatakan bahawa, kita tidak pernah tahu apa yang Allah inginkan daripada kita. Bila Allah berikan kita ujian, kita tidak pernah tahu apakah yang Allah inginkan daripada kita dengan menurunkan ujian itu. Bila Allah berikan kita penderitaan, kita tidak pernah tahu apakah yang Allah inginkan daripada kita dengan penderitaan itu. Bila Allah berikan kita kesukaran, halangan, cabaran, kesakitan, kita tidak pernah tahu apakah yang Allah inginkan daripada kita dengan semua itu.
Tetapi kita sepatutnya tahu bahawa, Allah itu tidak menginginkan sesuatu, melainkan hanya kebaikan untuk hamba-hambaNya.
“Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menganiaya (seseorang) sekalipun seberat zarah (debu).” Surah An-Nisa’ ayat 40.
“Itulah ayat-ayat keterangan Allah, kami bacakan dia kepadamu (wahai Muhammad) dengan benar. Dan (ingatlah), Allah tidak berkehendak melakukan kezaliman kepada sekalian makhlukNya.” Surah Ali-Imran ayat 108.
Daripada Abu Zar al-Ghifaari r.a, daripada Rasulullah s.a.w berdasarkan apa yang diriwayatkannya daripada Tuhannya yang Maha Mulia lagi Maha Tinggi bahawasanya Dia(Allah) berfirman :“Wahai hamba-hamba-Ku! Sesungguhnya Aku mengharamkan ke atas diri-Ku kezaliman dan Aku menjadikan ia dikalangan kamu sebagai perkara yang diharamkan, maka janganlah kamu saling zalim menzalimi di antara satu sama lain…” Hadith riwayat Muslim.(terdapat juga di dalam Hadith 40 An-Nawawi).
Allah tidak akan menzalimi hamba-hambaNya. Mustahil.
Tinggal kita melihat Allah sebagai zalim, sebagai tidak memerhatikan, sebagai meninggalkan kita, kerana kita adalah ‘manusia’. Makhluk. Tidak mampu mencapai dan memahami ‘Maha Besar’ Allah itu.
Penutup: Kekalkanlah kepercayaan, walaupun sedikit. Yakinlah.
Maka akhirnya Dr Ala’ berpesan:
“Hendaklah kamu, jangan hingga kesemua pintu antara kamu dengan Allah SWT, kamu tutup.”
Percayalah. Walaupun seperti menelan pasir peritnya. Bersabarlah. Walaupun seperti sedang berada di atas bara api penderitaannya. Dan walau apa pun yang terjadi, walaupun kita sudah terjatuh dalam gaung yang terdalam sekali dalam berputus asa kepada Allah SWT, dalam bermaksiat kepada Allah SWT, kekalkanlah walau secebis kepercayaan yang kita mampu.
Moga-moga daripada pintu kita yang masih kita buka itulah, Allah akan keluarkan kita daripada segala penderitaan, daripada segala masalah, daripada segala mehnah dan tribulasi, daripada kesedihan, daripada maksiat, daripada kejatuhan, daripada keingkaran yang kita lakukan dan hadapi.
Sebab Allah itu Maha Besar.
Dan mustahil dengan kebesaranNya itu, Dia meninggalkan kita atau menzalimi kita.
“…Allah tidak sekali-kali akan memungkiri janji-janjiNya.” Surah Az-Zumar ayat 20.

motivasi: kadangkala kepayahan itu datangnya dari kekuatan...

Adakah kita bersabar mengharungi halangan dan cabaran yang Allah berikan kepada kita? Apakah kita kekal percaya kepadaNya? ~ picture by karamnatour of Deviant Art.
Orang mudah mengeluh bila ditimpakan ujian dan cabaran ke atas dirinya. Orang senang merungut bila ditimpakan halangan di atas perjalanannya, ditaburkan duri di atas perjuangannya. Payah. Susah. Itu semua melemahkan dirinya.
Jangan kata orang, saya sendiri juga biasa merasakan kelemahan-kelemahan itu apabila diletakkan dugaan dan ujian di dalam perjalanan kehidupan saya. Kadangkala hingga pernah diri ini berkata kepada Allah SWT, “Ya Rabb, apakah Engkau tidak lagi melihat hambaMu ini? Bukankah semua ini di luar kemampuanku?”
Tetapi kadangkala keimanan itulah yang membangkitkan semula pemerhatian adil kepada Allah SWT. Allah mustahil meninggalkan hamba-hambaNya, melainkan hamba-hambaNyalah yang meninggalkan dia. Jadi pokok pangkalnya, kita perlu bertenang dan melihat semula.
Apakah yang sebenarnya Allah mahu berikan kepada kita dalam kepayahan itu?
Pasti ada hikmahnya.

Bukanlah kita yang layak hendak menyelongkarnya. Tetapi…
Kalau membicarakan ilmu Allah SWT, memang kita tak akan mampu menyelongkarnya secara sempurna. Tiadalah ilmu kita melainkan sedikit sahaja. Itupun, Allah jugalah yang memberikan yang sedikit itu.
Tetapi dengan sedikit ilmu pemberian Allah SWT itu, kita cuba juga melihat hikmah-hikmah yang mampu kita lihat.
Dengan ilmu itulah, kita menilai.
Contoh yang akan diambil: Tarbiyah Allah SWT kepada mereka.
Siapakah mereka?
Mereka adalah para anbiya’. Kita ambil contoh daripada mereka, untuk menunjukkan bahawa, segala cubaan dan dugaan yang Allah turunkan kepada kita ini sebenarnya adalah untuk kebaikan kita. Tinggal, kita sahajalah yang perlu memerhatikannya dengan teliti, dan belajar untuk memupuk sangka baik kepada Allah SWT dalam diri kita.
Mari, perhatikan, bagaimanakah kepayahan dan ujian itu membina peribadi mereka.
Contoh 1: Musa AS
Kita melihat kepada Nabi Allah Musa. Antara tarbiyah menarik yang berjalan ke atasnya adalah perjalanannya dengan seorang lelaki soleh(dunia mengenali lelaki ini sebagai Khidr).
Baginda berhadapan dengan kesukaran memahami tindakan lelaki tersebut, sehingga tercabar kesabarannya. Jika kita perhatikan, sebelum baginda Musa AS menjadi Nabi, baginda digambarkan oleh Allah SWT sebagai seorang yang kasar, kurang sabar, dan cepat terjun kepada keputusan.
“Dan masuklah ia ke bandar (Mesir) dalam masa penduduknya tidak menyedarinya, lalu didapatinya di situ dua orang lelaki sedang berkelahi, – seorang dari golongannya sendiri dan yang seorang lagi dari pihak musuhnya. Maka orang yang dari golongannya meminta tolong kepadanya melawan orang yang dari pihak musuhnya; Musa pun menumbuknya lalu menyebabkan orang itu mati. (pada saat itu) Musa berkata: Ini adalah dari kerja Syaitan, sesungguhnya Syaitan itu musuh yang menyesatkan, yang nyata (angkaranya) .” Surah Al-Qasas ayat 15.
Tanpa usul periksa bukan? Terus-terus sahaja ditumbuknya lelaki itu, dan lelaki itu ditakdirkan Allah mati hanya dengan satu tumbukan.
Maka apabila bersama Khidr, kesabaran Musa yang tipis itu diuji. Khidr melakukan tiga perkara yang ketiga-tiganya membuatkan Musa tidak sabar untuk melemparkan soalan bagi menyatakan tidak bersetujunya dia akan perbuatan-perbuatan itu. Hinggakan Khidr akhirnya terpaksa meninggalkan Musa, kerana perjanjian mereka adalah, Musa tidak akan bertanya apa-apa berkenaan tindakan Khidr. Kisah ini tercatat kemas dalam Surah Al-Kahfi.
Di sini, kesabaran Musa terdidik. Bahkan, kesabaran itu tertingkat diasimilasikan dengan peningkatan keimanan. Yakni, walaupun sesuatu perkara itu nampak seperti tidak logik, atau tidak menguntungkan kita, Allah SWT lebih tahu akan kebaikannya bila perkara itu berlaku. Dan mustahil apabila kita mentaati Allah, Allah akan memberikan keburukan kepada kita.
Peningkatan Musa AS ini terbukti, apabila Allah SWT mengarahkan baginda keluar pada waktu malam, membawa Bani Israel melarikan diri daripada Firaun, tetapi akhirnya baginda dilorongkan ke jalan mati – yakni jalannya membawa ke hadapan laut merah.
Bani Israel ketika itu panik. Ada yang mencadangkan untuk menyerah sahaja kepada Firaun. Tetapi Nabi Musa ketika itu, yang telah terdidik dan tertingkat, apakah yang diucapkan pada saat penuh kecemasan ketika itu?
“Setelah kedua-dua kumpulan itu nampak satu sama lain, berkatalah orang-orang Nabi Musa: Sesungguhnya kita akan dapat ditawan.  Nabi Musa menjawab: Sesekali tidak! Jangan fikir (akan berlaku yang demikian)! Sesungguhnya aku sentiasa disertai oleh Tuhanku (dengan pemeliharaan dan pertolonganNya), Ia akan menunjuk jalan kepadaku.”Surah Asy-Syu’araa’ ayat 61-62.
Lihat. Jawapan dia yang pertama sekali adalah “Kalla.” Yang membawa maksud: “Sesekali tidak akan berlaku sedemikian!” Nabi Musa itu telah tertingkat. Hingga bila di hadapannya kesukaran, bahkan kesukaran itu nampak sungguh macam tiada jalan keluar(Laut di hadapan, Tentera Firaun di belakang), tetapi dia yang telah memahami bahawa dalam setiap masalah itu, Allah hanya akan memberikan kebaikan, kekal percaya bahawa Allah akan membantunya. Apakah hasil kepercayaan ini?
“Lalu Kami wahyukan kepada Nabi Musa: “Pukulah laut itu dengan tongkatmu”. (Setelah dipukul) maka terbelahlah laut itu (kepada beberapa bahagian), lalu menjadilah air tiap-tiap bahagian yang terbelah itu terangkat seperti gunung yang besar. Dan Kami dekatkan golongan yang lain itu ke situ. Dan Kami selamatkan Nabi Musa serta orang-orang yang bersama dengannya, semuanya.” Surah Asy-Syu’araa’ ayat 63-65.
Dan Musa terselamat. Kepayahan yang dilalui sebelum itu, memberikan Musa kekuatan pada hari dia tersekat antara laut dan tentera Firaun. Dan kepayahan tika dia tersekat antara laut dan tentera Firaun, memberikannya pula kekuatan untuk mengharungi perjuangan-perjuangan selepas itu. Tidakkah kita melihat?
Contoh 2: Yusuf AS.
Kita pergi melihat kepada Yusuf AS pula. Baginda adalah antara manusia yang teruji semenjak kecil. Dari kecil dibenci oleh saudara-saudaranya hingga dicampak ke dalam telaga. Allah selamatkan dia dari telaga tersebut. Sedangkan, saat dia berada di dalam telaga, apakah terfikir akannya akan kewujudan bantuan? Nyata bila dia bersabar dan melalui ujian itu dengan tabah, bila dia diselamatkan nyata akan wujud pertambahan kekuatan dalam jiwanya bukan?
Allah tidak meninggalkannya. Nyata dibiar ke dalam telaga itu adalah baik buat seorang Yusuf AS.
Kemudian, apabila dikutip, dan dibesarkan oleh tokoh kebesaran, pemerintah Mesir, dia diuji pula dengan perempuan kepada tokoh itu. Dia digoda. Tetapi lihatlah Yusuf, apakah dia merebahkan dirinya dalam godaan itu? Sesekali tidak. Dia melawannya dengan bersungguh-sungguh. Walau dalam bilik terkunci, dia berlari juga ke muka pintu.
Akhirnya Allah selamatkan dia sekali lagi. Namun perempuan tokoh itu tidak berhenti begitu sahaja, dia cuba pula membawa Yusuf kepada teman-temannya, dan setelah menunjukkan betapa kacaknya Yusuf dan menyalahkan Yusuf atas kekacakan itu, perempuan tokoh itu menawarkan Yusuf sekali lagi dirinya, atau kali ini Yusuf akan dipenjara.
Kali ini, sebagaimana kekuatan yang tertingkat yang diterimanya dari peristiwa telaga, dan peristiwa diselamatkan dalam bilik terkunci, Yusuf dengan yakin memilih penjara.
Namun, segala peningkatan itu, tidak bermakna menjadikan Yusuf sempurna. Di dalam penjara, dia menta’wil mimpi dua rakan penjaranya. Tetapi akhirnya, apabila dua rakan penjaranya dilepaskan, dia tersilap meletakkan tawakkal. Dia yang awalnya memilih penjara sebagai rumah perlindungan hubungannya terhadap Allah SWT, meminta manusia pula untuk mengeluarkannya.
Akhirnya Allah didik Yusuf dengan membuatkan rakan yang dipesannya itu terlupa.
Hinggalah Allah lepaskan Yusuf, dalam peristiwa Tokoh Mesir itu memerlukan seseorang yang boleh menta’wil mimpi. Ketika inilah Yusuf keluar dengan menjadi seseorang yang sekali lagi tertingkat. Kepayahan hidup dalam penjara, memberikannya kekuatan.
Hidup dalam penjara itu nyata baik bagi seorang Yusuf. Mengajarnya banyak lagi perkara. Seakan-akan penyempurna kepada pembinaan seorang Yusuf AS. Lihatlah selepas itu, apakah yang Allah jadikan buat seorang Yusuf AS? Bukankah seorang pemerintah Mesir yang berjaya membawa negaranya selamat mengharungi 7 tahun yang gersang? Bukan mudah bukan? Tetapi Yusuf itu akhirnya berjaya dalam kehidupannya itu, kerana dia telah dibina dengan pelbagai ujian. Maka 7 tahun gersang itu berjaya dihadapinya dengan kegemilangan.
Bukan setakat itu sahaja, 7 tahun yang gersang itu, keperitan itu, juga baik untuk Yusuf, apabila kegersangan itu membuatkan 11 saudaranya terpaksa mengetuk pintu Kerajaan Mesir bagi meminta bantuan makanan, sekaligus mengembalikan Yusuf ke pangkuan keluarganya.
Lihat, bukankah pada keperitan itu, sentiasa ada hikmahnya?
Contoh 3: Muhammad SAW
Kita lihat pula kepada Rasulullah SAW.
Kita amat mengetahui bagaimana baginda ini teruji. Pelbagai cabaran, pelbagai mehnah dan tribulasi. Tidak perlu kita terangkan panjang-panjang. Tetapi apa yang perlu kita lihat adalah bagaimana semua mehnah dan tribulasi itu, memberikan peningkatan terhadap seorang Rasulullah SAW.
Bagaimana Rasulullah SAW ini, meletakkan kepercayaan yang penuh kepada Allah SWT dalam setiap apa yang berlaku terhadap dirinya. Baginda dilontar batu di Taif hingga cedera, baginda kembali kepada Allah SWT dan percaya. Segala tarbiyah yang Allah berikan baginda di Makkah, dengan pelbagai mehnah dan tribulasi, baginda tetap percaya kepada Allah SWT, dan percaya. Baginda hingga terpaksa keluar daripada Makkah yang dicintainya, baginda tetap percaya kepada Allah SWT dan percaya.
Hinggalah Allah bayar semua itu, dengan membukakan pintu langit kepada baginda. Menunjukkan ‘kebenaran’ yang selama ini tersingkap daripada mata seorang manusia. Membasuh hati baginda sebersih-bersihnya, dan ‘membuka’ mata baginda seluas-luasnya.
Dan lihatlah, selepas itu bagaimana seorang Rasulullah SAW, yang tatkala sahabatnya di dalam gua kerisauan, baginda dengan tenang menenangkan: “Apakah pandangan kamu Wahai Abu Bakr, kita berdua dan Allah adalah yang ketiganya?”
Dan lihatlah bagaimana baginda selepas itu mengharungi fasa Madinah dengan lebih kuat, dengan lebih bijaksana, dengan kredibiliti yang lebih tinggi. Semuanya hasil peningkatan daripada cabaran-cabaran yang dilalui baginda.
Akhirnya, di akhir usia baginda, seluruh jazirah arab menerima cahaya Islam.
Semua ini terhasil daripada kekuatan, yang selama ini terbina daripada keperitan yang dilalui. Baginda tertingkat. Sahabat-sahabat baginda turut tertingkat. Lihatlah kekuatan keimanan yang ada pada Abu Bakr RA. Lihatlah kekuatan dan ketegasan Umar Al-Khattab RA. Perhatikan sahabat-sahabat yang lain, yang mengharungi perjuangan bersama baginda. Semuanya mengalami peningkatan. Mereka adalah yang lain, daripada mereka semasa di awal keislaman.
Sebab itulah, ketika Allah SWT memujuk Rasulullah SAW dalam Surah Ad-Dhuha, Allah SWT menyatakan:
“Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.” Surah Ad-Dhuha ayat 4.
Penutup: Maka kita perhatikan diri kita, dan cabaran-cabaran yang Allah SWT berikan.
Maka kita perhatikan diri kita semula. Cabaran-cabaran yang kita lalui. Ya, benar sukar. Ya, benar pedih. Ya, benar pahit. Tetapi lihatlah semula, apakah cabaran-cabaran itu diturunkan kepada kita sekadar sia-sia? Sekadar Allah nak bagi kita susah? Sekadar Allah nak cari fasal dengan kita? Sekadar Allah nak buat kita berputus asa?
Mustahil!
Allah itu tidak akan melakukan terhadap hamba-hambaNya demikian.
Di dalam kesukaran itu ada kekuatan yang sebenarnya Allah hendak binakan dalam diri kita. Diberikan kesusahan itu kerana Dia tahu kita mampu melaluinya, bila kita ‘push’ diri kita naik setahap lagi dalam hendak melangkaui halangan yang diberikan. Kita memang nampak macam tak mampu, tetapi Allah lebih tahu daripada kita sendiri, bahawa kita sebenarnya mampu.
Dalam ujian itulah adanya ‘upgrade’.
Tetapi tidak ramai kita melihatnya. Maka kita tewas. Kita jatuh. Kemudian kita salah-salahkan Allah. Sedangkan yang Allah ingin berikan kepada kita adalah kekuatan. Untuk mempersiapkan diri kita, akan sesuatu yang mungkin lebih besar lagi pada masa akan datang.
Maka di sinilah kita lihat semula kesukaran-kesukaran kita. Muhasabah.
Pasti di dalamnya ada kebaikan. Maka harungilah dengan penuh ketabahan. Bersangka baiklah kepada Allah SWT. InsyaAllah, apabila kita


http://langitilahi.com

cinta kita,cinta mereka~


eorang sahabat yang bernama Tsauban begitu cinta dan rindu pada Rasulullah SAW. Sehari tidak bertemu, hatinya terasa begitu rindu, seolah-olah setahun berpisah. Suatu hari Tsauban berjumpa Rasulullah sedang diwajahnya tergambar keresahan dan kesayuan. Rasulullah SAW lalu bertanya, “Adakah engkau sakit wahai Tasuban?” .
Katanya “Ya Rasulullah, saya sebenarnya tidak sakit, tapi saya sangat sedih jika berpisah dan tidak bertemu denganmu walaupun sekejap. Jika dapat bertemu, barulah hatiku tenang dan bergembira sekali. Apabila memikirkan akhirat, hati saya bertambah cemas, takut-takut tidak dapat bersama denganmu. Kedudukanmu sudah tentu di syurga yang tinggi, manakala saya belum tentu kemungkinan di syurga paling bawah atau paling membimbangkan tidak dimasukkan ke dalam syurga langsung. Ketika itu saya tentu tidak bersua muka denganmu lagi.”
Mendengar kata Tsauban, baginda amat terharu. Namun baginda tidak dapat berbuat apa-apa kerana itu urusan Allah. Setelah peristiwa itu, turunlah wahyu kepada Rasulullah saw, bermaksud “Barangsiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka itu nanti akan bersama mereka yang diberi nikmat oleh Allah iaitu para nabi, syuhada, orang-orang soleh dan mereka yang sebaik-baik teman.” Mendengarkan jaminan Allah ini, Tsauban menjadi gembira semula.
Ya, cinta dan rindu Tsauban RA pada Rasulullah SAW terlalu mendalam. Jiwanya terasa begitu terseksa bila berjauhan. Hatinya meronta-ronta untuk selalu bertemu dan kekecewaan menguasai dirinya apabila terbayangkan di Akhirat nanti ia terpaksa berjauhan dari Rasulullah SAW.
Bukankah cintanya  terlalu suci dan jernih. Sesuci embun pagi dan sejernih air di kali. Rindunya terlalu mendalam hingga setiap saat ia terkenangkan Rasulullah SAW. Tentu kita boleh bayangkan satu peribadi yang taat kepada perintah Allah dan RasulNya, sentiasa mahu mendengar dan melaksanakan perintah Rasulullah SAW. Jika ada yang cuba mencemari nama baginda Rasulullah SAW dan Islam yang dibawa baginda, tentunya ia adalah orang pertama yang akan mempertahankannya biarpun dengan segala harta  dan nyawanya.
Ya, inilah salah satu kisah cinta yang mampu menggoncang jiwa-jiwa yang beriman. Mereka (para sahabat) memang begitu cinta pada Rasulullah SAW, cinta yang setulus hati. Bahkan mereka sanggup melakukan apa saja demi baginda dan Islam yang diperjuangkannya.
Mungkin timbul satu persoalan. Apa yang menjadikan mereka begitu cinta dan taat kepada baginda Rasulullah SAW? Benarkah kita juga cinta dan rindukan Rasulullah SAW sepertimana mereka cinta dan rindu padanya? Apa yang membezakan cinta kita dan cinta mereka?
Tentu tidak terlalu sukar untuk membezakan cinta kita dan cinta mereka namun yang sukar ialah untuk memahami bagaimana cinta mereka begitu tinggi dan suci agar kita dapat membina rasa cinta yang sama.
Mereka mengenali Baginda
Mereka mengenali baginda Rasulullah SAW dengan jiwa mereka. Mereka menghayati pengorbanan Rasulullah SAW untuk ummatnya dengan hati dan perasaannya. Mereka menelusuri detik-detik perjuangan Rasulullah SAW dengan penuh rasa kasih dan terhutang budi. Lalu hati mereka begitu cinta dan rindu pada baginda.Air mata mereka mengalir apabila lama tidak bersua dengan Rasulullah SAW.
Pernah satu ketika Saidina Bilal bermimpi berjumpa Rasulullah SAW. Ketika itu Rasulullah SAW telah lama wafat, meninggalkan para sahabat RA. Apabila cerita itu tersebar, sahabat dan sahibah tidak keluar dari rumah mereka. Masing-masing termenung membayangkan saat-saat mereka bersama Rasulullah SAW. Hati mereka menjadi begitu rindu, saya dan terlalu pilu dengan kehilangan baginda. Seharian melayan perasaan lalu mereka berkumpul dan meminta Bilal RA mengumandangkan azannya. Ya, sejak kewafatan Rasulullah SAW Bilal tidak lagi pernah mengalunkan azannya. Oleh itu jika hari ini Bilal mengumandangkan azannya, para sahabat akan terasa seolah-olah mereka masih berada bersama Rasulullah SAW, tentunya NOSTALGIA mereka bersama Rasulullah akan lebih lengkap.
Kerana tidak mampu menolak desakan yang bertubi-tubi itu maka Bilal pun mula mengumandangkan azan. Semua sahabat tertegun diam hinggalah mereka mendengar kalimah Assyhadu anna Muhammadar Rasulullah, jiwa mereka tidak lagi mampu bertahan lalu mereka menangis sepuas-puasnya.
Siapa yang tidak merasa kehilangan, siapa yang tidak merasa rindu jika yang hilang itu adalah Rasulullah SAW yang mereka kenali lebih dari anak-anak mereka sendiri.
Jiwa mereka benar-benar telah menyaksikan betapa besar pengorbanan Rasulullah untuk ummatnya. Bahkan baginda SAW telah mengorbankan segala-galanya demi untu keselamatan dan kebahagiaan ummatnya.
Jiwa mereka menyaksikan darah Baginda SAW yang mengalir membasahi bumi Ta’if ketika batu-batuan keras dilemparkan ketubuh baginda dan diiringi lemparan itu dengan cercaan dan hinaan. Bahkan ada yang mencerca baginda “Tidak adakah orang lain selain kamu yang dipilih sebagai rasul?” Ada juga yang menghina “Jika kamu ini benar seorang rasul maka kamu terlalu mulia…pergi kamu dari sini, kami ini orang hina. Tetapi jika kamu menipu maka kamu adalah terlalu hina, maka pergi kamu dari sini, kami terlalu mulia untuk kamu”
Jiwa mereka meyaksikan bagaimana peritnya Rasulullah merenatasi padang pasir sejauh hampir 500 KM hanya untuk menyelamatkan mereka dari neraka Allah SWT. Bukan untuk pangkat dan kuasa, bukan untuk harta dan kekayaan bahkan baginda korbankan segala yang dimiliki untu keselamatan ummat ini.
Jiwa mereka menyaksikan darah baginda mengalir membasahi bumi Ta’if. Mereka melihat penderitaan baginda ketika dicabutkan rantai dari baju besi baginda yang patah lalu menikam dan menembusi kulit mukanya dan terbenam pada gusi baginda. Abu Ubaidah RA mencabut satu darinya lalu sebatang gigi baginda yang mulia tercabut bersamanya. Lalu satu lagi dicabut menjadikan dua batang gigi baginda tercabut.
Inilah yang mereka saksikan dengan jiwa mereka, dengan hati dan perasaan mereka. Pengorbanan yang begitu tulus suci. Rasulullah SAW korbankan segalanya untuk mereka dan kita. Untuk kita mengenal Allah SWT, untuk kita selamat dari neraka Allah SWT, untuk kita bahagia di dunia dan akhirat.
Adakah kita benar-benar mengenali baginda? Sudah berapa buku sirah yang kita baca? Sudah berapa kisah baginda yang kita hayati? Adakah buku baca sirah yang kita baca itu melebihi novel yang telah kita habiskan. Saya tidak katakan baca novel itu salah tetapi jika kita jadikan sebagai ukuran, seharusnya lebih banyak buku sirah yang kita baca berbanding novel. Benarkah kita benar-benar mengenali Baginda SAW, menghayati perjuangannya, menyelusuri liku-liku hidup baginda dan menangisi keperitan yang baginda tempuhi.
Nusaibah RA begitu mengenali baginda hinggakan ketika medan Uhud berantakan dan hanya beberapa sahabat yang berada di sekitar baginda SAW. Nusaibah yang hanyalah seorang perawat lalu meninggalkan pesakit-pesakitnya dan menjadikan dirinya sebagai anak panah yang gila mencari tubuh baginda. Hinggakan Rasulullah SAW bersabda “Dimedan uhud, Nusaibahlah yang paling sibuk.” Dia berada dimana-mana saja anak-anak panah cuba menyentuh tubuh baginda. Ketika Rasulullah memandang kekanan dilihatnya Nusaibah, Baginda memandang kekiri ..dilihatnya Nusaibah. Ketika itu diriwayatkan tubuh Nusaibah dipenuhi 12 anak panah dan salah satunya mengenai tengkuknya menyebabkan kecederaan yang agak lama.
Ketika selesai peperangan uhud, Baginda bertanya pada Nusaibah, apa yang dia inginkan. Ya, apa yang Nusaibah inginkan untuk segala penderitaannya? “Ya Rasulullah….aku ingin bersama mu di syurga nanti”
Apa yang kita rasakan dengan kisah cinta mereka kepada Rasulullah SAW? Bagaimana dengan cinta kita?
Maafkan saya, saya manusia hina. Saya ingin mencintai baginda SAW namun terasa begitu malu untuk mengungkapnya. Cinta saya terlalu hina berbanding cinta mereka. Namun say berdoa agar Allah memasukkan saya dalam golongan yang benar cintanya pada Rasulullah SAW.
Ya Allah
Aku terasa malu untuk mengungkapkan cintaku pada kekasihMu Namun aku tidak malu untuk berdoa kepada Mu supaya menjadikan aku orang yang benar-benar cinta kepadanya.
Ya Allah
Aku ingin benar-benar cinta pada dia yang telah mengorbankan semuanya untuk kami menjadi hamba Mu, Dia yang darahnya mengalir membasahi bumi Mu demi kebahagiaan kami disisiMu juga dia yang menyebut-nyebutkan kami disaat sakitnya sakaratul maut. Dia yang memanggil kami Ummati! Ummati! Ummati!.
Kurnikanlah kami hati yang lembut hingga kami mampu mendengar panggilan kasihnya itu ya Allah. Dan janganlah Kau matikan kami ya Allah tanpa cinta kami kepada Mu dan kepadanya.
Amin ya Robbil Alamin.

cinta dan rindu kami

Alhamdulillah, dalam kesibukan masih diberi kesempatan untuk mencoret rasa pada insan mulia. Semoga bingkisan hati yang tidak seberapa ini dapat dirasai atau mengukir cinta dan rindu pada Rasulullah SAW:
Cinta & Rindu Kami
Menelusuri liku-liku hidupmu
Kutemui erti cinta sejati
Cinta jernih semurni embun
Cinta suci setulus pagi

Perit getir yang kau tempuhi
Mengajar kami erti pengorbanan suci
Sungguh, kami jadi mengerti
betapa  eratnya  Cinta dan Pengorbanan diri
Dan sungguh kami menyedari
Betapa sedikit, jiwa yang memiliki

Mencermati luka-luka pada tubuhmu
Atau darah muliamu yang menitis ke bumi
Menjadikan kami malu sendiri
Betapa kerdilnya cinta & rindu kami

Saksikanlah Ya Rasulullah,
Dengan jiwa yang kerdil ini
Dan dengan hati sehina kami
Lembaran kisahmu akan terus kami dakapi
Hingga saatnya kita bertemu nanti

Perkenankanlah Ya Allah,
Agar kami mampu menghadapi pagi
Dengan akhlaq nabi kami
Atau melabuh diri dimalam hari
Dengan istighfar penyuci diri
Agar kami menjadi hamba Mu
dan menjadi ummat nabi kami

couple islamik...wujud?


COUPLE ISLAMIK..BAHAGIANYA!!!! (^_^)

Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Sy...afiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah.

Beberapa tahun berlalu...Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple."COUPLE ISLAMIC".

Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu.

Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya, "Have you married?". "No.", jawab Safura. "So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad. "Kami couple, tapi Islamic way" jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya.

"Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.”

Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas...

kadangkala meman org x kan memahami kite

Kehidupan dan dugaan itu hakikatnya adalah kembar. Dilahirkan bersama dan takkan terpisah melainkan dengan kematian semata-mata.
Dan antara dugaan yang sentiasa mengiringi manusia, adalah dugaan berhubungan sesama manusia. Jangan kecilkan skop ini kepada pasangan lelaki perempuan. Hal ini boleh juga terjadi bersama rakan-rakan dan mereka yang punya tali persaudaraan. Tidak terkecuali ayah dan anak, guru dan pelajar, boss dan pekerja dan sebagainya. Manusia dengan manusia, itu kesimpulannya.
Antara yang menjamin hubungan yang baik, adalah kefahaman antara satu sama lain.
Tetapi biasanya yang menimbulkan kerosakan dalam perhubungan, adalah keengganan diri untuk memahami dan mendalami orang lain.

Anani diri
Ananiah adalah sikap ke’aku’an.
Ini adalah punca kepada permasalahan dalam perhubungan. Apabila ‘aku’ menjadi maudu’ utama, dan kita tidak mahu memasukkan ‘dia’ atau ‘mereka’ dalam perkiraan kita, maka hubungan itu akan retak.
Namun kebanyakan orang tidak akan mahu mengakui akan wujudnya sikap ke’aku’an ini di dalam diri. Kerana bersama sikap ke’aku’an ini, wujud kembarnya juga yang bernama ‘ego’ diri.
Dan manusia yang mempunyai ke’ego’an ini, memang tidak akan memahami.
Boleh dikatakan, mereka ini adalah “unreasonable person, but demand people to be reasonable to them.”
Mereka akan rasa bahawa mereka tidak silap. Mereka tidak akan meneliti pandangan dan cadangan. Mereka tidak akan merendahkan diri untuk mendalami dan memahami. Usaha mereka yang sikit dirasakan tinggi. Mereka akan sering menyalahkan orang lain, dan berlagak seakan-akan dirinya menjadi mangsa, sering dizalimi yang lain semua.
Ya. Dan orang-orang ini, memang tidak akan memahami.
Berhadapan dengan mereka 1
Jangan cuba dicairkan sikap mereka dengan hujah dan pembentangan kebenaran. Kerana mereka akan menafikan sahaja. Walaupun hujah mereka sendiri adalah dangkal. Kita akan melihat nanti apabila hujah-hujah mereka tidak relevan dan tidak boleh diterima pakai, mereka akan beraksi seperti mangsa keadaan. Mereka akan menunjukkan seakan-akan mereka itulah yang ditekan-tekan. Lebih buruk lagi, biasanya manusia yang lain akan terpengaruh dengan perkara ini. Kasihan kononnya.
Maka jadilah kebenaran itu yang batil, manakala kebatilan itulah kebenaran.
Dan manusia-manusia yang memegang kebenaran itu akan rasa sakit, kerana tidak adilnya insan dalam menilai.
Ya. Itulah realiti.
Sebab itu, nasihat saya, jangan sesekali mencuba untuk dicairkan sikap mereka itu, dengan hujah dan pembentangan kebenaran. Kerana mereka hanya kaum yang tidak akan memahami.
Berhadapan dengan mereka 2
Biarkan. Dan bersabarlah.
“Ha? Takkan itu sahaja solusinya?”
Ya. Itu sahaja solusinya. Pernahkah anda melihat Rasulullah SAW memperpanjangkan perdebatan dengan Abu Jahal?
Tidak. Kerana Abu Jahal bukanlah orang yang tidak mengerti sebenarnya. Tetapi dia hanyalah seorang yang degil untuk mengerti dan mengakui kebenaran. Dia adalah yang terlalu ‘ego’ untuk mengakui kesilapan dan kerendahan. Maka apakah gunanya segala dalil dan petunjuk? Kalau dibentang pun hanya akan memanjangkan perdebatan, dan tidak akan memberikan manfaat.
Kita lihat sendiri bagaimana mereka meminta ditunjukkan terhadap mereka mukjizat. Dan mereka berjanji bahawa selepas mukjizat itu mereka akan beriman. Tetapi lihatlah sikap mereka selepas dipertunjukkan mukjizat:
“Telah hampir saat (kedatangan hari kiamat) dan terbelahlah bulan. Dan kalau mereka (kaum musyrik Mekah) melihat sesuatu mukjizat, mereka berpaling ingkar sambil berkata: (Ini ialah) sihir yang terus menerus berlaku. Dan (telah menjadi adat) mereka mendustakan (Nabi Muhammad dan mukjizat-mukjizat yang dibawanya) serta menurut hawa nafsu mereka, sedang tiap-tiap perkara tetap (menurut keadaan yang ditentukan oleh Allah).” Surah Al-Qamar ayat 1-3.
Bila ditunjuk, mereka mengatakan pula itu adalah sihir. Lihat.
Begitulah juga samanya dengan manusia yang tidak mahu memahami tadi. Sekiranya kita berusaha untuk memahamkan mereka, mereka hanya akan menuduh kita memaksa, kita pula nanti akan dituduh sebagai yang ego, yang keras kepala, yang tidak ambil kira hati orang lain dan sebagainya.
Maka beraksilah sebagaimana aksi orang yang beriman
Allah SWT sendiri telah menjelaskan bagaimana hendak berurusan dengan mereka ini.
Allah SWT berfirman:
“Dan hamba-hamba Tuhan Yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik.(tidak memperpanjangkan pergaduhan dan perdebatan).” Surah Al-Furqan ayat 63.
Biarkan mereka. Kalau tidak mampu bersama mereka, tinggalkan mereka. Takut bersama mereka hanya menambah keburukan dan keegoan mereka. Takut kita pula terjerumus dalam lembah yang hina kerana bersengketa dengan mereka. Jika mampu kekal bersama mereka, teruslah berbuat baik dengan mereka.
Penutup: Bertenanglah. Dunia ini sukar kerana adanya syurga.
Dunia ini sukar. Kerana wujudnya syurga.
Ya. Percayalah yang itu.
Bersabarlah.
Allah jugalah sebaik-baik hakim dan wali(penjaga) buat kita.
“…dan mereka menjawab: Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung.” Surah Ali-Imran ayat 173.
Kebenaran itu, satu hari nanti akan terjelas juga. Sungguh Allah jugalah sebaik-baik pemisah antara haq dan batil.
“Ya Tuhan kami, berilah keputusan antara kami dan kaum kami dengan hak (adil) dan Engkaulah Pemberi keputusan yang sebaik-baiknya.” Surah Al-A’raff ayat 89.
Harinya akan tiba.
Kalau bukan di dunia saat manusia itu boleh kembali semula kepada kebenaran apabila menyedarinya. Pasti di akhirat sana, saat manusia terbelalak melihat kebenaran yang dinafikannya.
Yang leka dengan keegoan mereka akan bersusah payah di neraka Allah SWT.
Yang bersusah payah hidup dengan baik di atas muka bumi ini akan bersenang lenang di syurgaNya. Itu yang kita imani, itu yang amat amat amat kita percayai.

ujar lelaki,wanita itu lemah~


Ujar wanita, mereka adalah lembut
Antara lemah dan lembut…besar perbezaannya
Namun ada yang tidak rela mengakuinya
Telah ditakdirkan… kerana lembut wanita
Tidak gemar perbalahan.. Kecuali jika terpaksa
Lalu wanita pun diam…
Diam seolah-olah menerima…
Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan
Dalam diam, wanita terus menerus bekerja
Di pejabat sebagai kerani… di rumah sebagai suri
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh hari
Hingga jarum jam tegak bertindih jari
Lelaki yang mengaku kuat… celik mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat… di kerusi malas longlai terlentang
Isteri dikatakan lemah… bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah… bersantai di hadapan TV tidak bergerak
Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak
Menyapu sampah,mengemas rumah yang berselerak
Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak
Berehat, menonton TV sambil tergelak
Dalam diam wanita dianggap lemah… terus berlumba dengan masa
Memandikan anak, melipat pakaian dan membasuh baju
Kaki dan tangan semua digerakkan dengan laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu
Sebelum solat Maghrib untuk sujud… Menyembah Yang Maha Satu
Makanan dihidang selepas solat
Selesai kerja rumah, anak-anak diajar mengaji
Sedang suami tersadar semula seperti tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji
Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan
Lelaki terpelajar celik hati… Ingin menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita…
Memberi kesedaran supaya segera bangkit
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adab tradisi
Hukum agama telah terpapar
Tugas suami mengemas rumah, menjaga anak
Membasuh pakaian, menyediakan makanan
Jika suami tidak terdaya melakukannya
Seorang pembantu wajar disediakan
Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
Tidak mampu menerima perubahan
Rela bertahan bagaimana jua
Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati
Dalam diam
Wanita yang sering dianggap lemah
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan
” Kekayaan yang paling kaya ialah AKAL,
Kemiskinan yang paling besar ialah JAHIL,
Keburukan yang paling hodoh SESAT “

Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W,
Tak guna Ada MATA kalau tak dapat MELIHAT,
Tak guna Ada HATI kalau tak tau MENILAI..

bersabarlah insan bergelar guru

Pergi ke sekolah setiap pagi, menaiki bas 2 kali sebelum sampai ke sekolah. Hendak masuk menuju ke sekolah perlu berjalan kaki lagi 1 kilometer. Kadang-kadang kerjanya adalah membuka pagar sekolah (kerana ada tugasan yang diberi sebegitu - maklumlah sekolah pun di kawasan pedalaman). Sabarlah cikgu...

Semasa Sesi Pengajaran

Sebelum memulakan pengajaran, cikgu membaca doa bersama anak murid. Diminta agar diterangkan hati, dimudahkan faham apa yang diajar dan dipelajari. Cikgu meminta anak murid agar mengutip sampah, mengemaskan kerusi dan meja agar dapat belajar dengan selesa. Begitulah setiap hari mulutnya tidak pernah diam menasihati agar sampah yang dijumpai bersepah di luar bilik darjah dan sekolah agar dibuang di dalam tong sampah. Sabarlah cikgu...

Cikgu menanda kedatangan pelajar di Buku Daftar Kehadiran Murid, ada beberapa nama yang sudah acapkali tidak hadir. Cikgu bukan tidak peduli tentang itu semua, lalu ditanya rakannya sekelas. Dijawab mereka "Si polan tu pergi CC (Cyber Cafe), swimming pool, kadang-kadang tak naik kelas dia duduk kat pondok perhentian bas". Cikgu pun menyusul ke perhentian bas sambil memujuk anak murid agar naik ke kelas. Sabarlah cikgu...

Cikgu mengajar di hadapan, anak murid bermain-main di belakang. Ada yang tidur, ada yang berbual-bual. Bila ditanya "Mana kerja rumah?". Dijawab pula "Lupa cikgu" (padahal di rumah begnya tidak pernah diperiksa dijadikan pekasam sahaja). Ibu dan ayah pula terlalu sibuk bekerja. Samada anak ke sekolah atau tidak, itu belakang kira. Yang penting sudah nampak pergi ke sekolah. Cikgu pun meneruskan pengajarannya, diberikan penjelasan dan diulang-ulang lagi apa yang telah diajar agar dapat melekat terus di hati anak muridnya.

Cikgu pun bertanya, "Faham tak? Kalau tak faham silalah bertanya, nanti cikgu ulang lagi". Anak murid pun menjawab "Faham cikgu". Tidak lama kemudian cikgu pun menyoal dari apa yang telah dipelajari, kerana beranggapan anak muridnya sudah faham apa yang diajar. Kemudian ramailah anak murid yang berdiri dan menjadi 'patung' kerana tidak dapat menjawab soalan cikgu. Hanya beberapa kerat yang membuka mulut untuk menjawab soalan. Sabarlah cikgu...

Lalu cikgu pun ingin membuat ulangkaji dengan anak muridnya lagi. Semalam cikgu dah beritahu supaya menelaah apa yang telah diajar. Hari ini cikgu ingin menyoal pula. Tetapi tidak ramai yang ingin menjawab. Bila ditanya mengapa tidak dapat menjawab soalan. Mereka menjawab "Tak tahu", "Lupa", "Jaga adik". Sabarlah cikgu..

Bukan cikgu tidak tahu, ada anak murid nakal dan pernah didenda kerana kenakalannya yang diulang berkali-kali. Cikgu bukan denda kerana suka mendenda. Tetapi kerana kasih dan sayangnya kepada anak murid. Itupun dimulakan dengan nasihat untuk dia memikirkan kembali baik dan buruknya perbuatan yang telah dilakukan dan masa hadapannya. Diberikan teguran agar membekas dalam hati. Dan dihukum sesuai dengan kesalahannya. Dan ada juga cikgu menegur kesalahan anak murid agar tidak membuat bising di dalam kelas. Semasa hendak membuka pintu kereta, kereta cikgu telah dicalar balarkan, tayar dipancitkan. Kengkadang cikgu pun ditunggu diluar untuk dipukul. Sabarlah cikgu...

Sesudah Habis Mengajar

Sebelah petangnya, apabila anak murid sudah pulang ke rumah. Cikgu masih lagi di sekolah, terkadang ada kelas tambahan untuk anak muridnya. Terkadang ada kerja untuk menyiapkan alat bantu mengajar supaya anak murid mudah faham. Terkadang tertidur sebentar kerana kelelahan.

Di rumah, kerja cikgu belum selesai lagi. Perlu menyiapkan buku persediaan mengajar, perlu memikirkan pula aktiviti tahunan yang telah diagihkan untuk disempurnakan. Kertas kerjanya, soalan bulanannya, persatuan yang dinaunginya. Cikgu pun ada suami, ada isteri, ada anak-anak untuk dibesarkan, dididik, diberi makan, dikenalkan dengan kehidupan. Setiap kali melihat buku anak murid, akan terbayang wajah mereka satu persatu. Ya, cikgu pun mendoakan juga agar anak muridnya berjaya dan menjadi orang yang berguna. Sabarlah cikgu...

Cikgu pun tidak kisah.. semasa di luar sekolah, ketika bersiar-siar. Bukan tidak pernah terserempak dengan anak muridnya. Ada yang menyapa memberi salam dan senyuman - Alhamdulillah baguslah, ada juga yang sembunyi-sembunyi (mungkin segan kerana berpakaian menjolok mata atau telah melakukan sesuatu yang ia rasa tidak kena), ada juga yang berlalu seolah-olah cikgu tidak wujud di depan matanya (mungkin tidak nampak gamaknya). Cikgu pun tidaklah terasa sangat sebenarnya... Sabarlah cikgu...

Cikgu pun pernah mengajar anak muridnya agar tahu mengucapkan terima kasih. Apabila cikgu hendak memberikan buku kepada anak murid, ia tidak melepaskan buku tersebut kecuali setelah anak murid mengucapkan "terima kasih cikgu".

Sekadar berkongsi antara kehidupan cikgu yang tidak didedahkan, cubalah berkongsi pengalaman dengan mereka. Agar tahu perasaan dan susah payahnya di dalam mendidik anak bangsa. Kepada ustaz, ustazah, cikgu, guru dan pensyarah yang pernah mendidik diri ini... Terima kasihku ucapkan...

SELAMAT HARI GURU KEPADA WARGA PENDIDIK YG BERDEDIKASI...
ALLAH SAHAJA YG BISA MEMBALAS JASA KALIAN.... 

andai aku adalah tulang rusukmu yang hilang~

♥♥.•*´¨`*•. (`'•.¸ (`'•.¸*¤* ¸.•'´) ¸.•'´) .•*´¨`*•.♥♥
ANDAI AKU ADALAH TULANG RUSUK MU YANG HILANG
♥♥`*•.¸¸.•* (¸.•'´ (¸.•'´*¤* `'•.¸) `'•.¸) `*•.¸¸.•*♥♥

_____$$$$$
____$$$$$
___$$$$$$$
____$$$$$......*~*~*
_____$$$......~°~°~°
____$$$$$....°~°~°~°
__$$$$$$$$$~°~°~°~°
_$$$$$$$$$$$~°~°~°~
$$$$$$$$$$$$~°~°~°~°
$$$$$$$$$$$$~°~°~°~°~°
$$$$$$$$$$$$~°~ °~°~°~°
$$$$$$$$$$$$$~°~°~°~°~°
_$$$$$$$$$~*$$~°~°~°~°~°
__$$$$$$$$~*~*$$~°~°~°~°
__$$$$$$$$*~*~*$$~°~°~°
__$$$$$$$$$~*~*~*~°~°
__$$$$$$$$$~*~*~*~*~*
__$$$$$$$$$~*~*~*~*~*
__$$$$$$$$$~*~*~*~*~*
__$$$$$$$$$*~*~*~*~*~*
__$$$$$$$$ ~*~*~*~*~*~*
__$$$$$$~*~*~*~*~*~ *~*~*
__$$$$~*~*~~*~*~*~*~*~*~*
__$$$~*~*~*~ *~*~*~*~*~*~*~*~
__$$~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*
__$$~*~*~*~**~*~*~*~*~*~*~*~*~
___~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~~*~*~*
____~*~*~*~*~*~*~*~*~~*~**
_________~*~*~*~*~*~*~* ~*~*
________________*~*~*~**_________________
░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░

Andai aku adalah tulang rusukmu yang telah hilang

Aku berharap

Jika nanti Allah mempertemukan kita

Kau akan selalu membimbingku

Agar aku menjadi wanita yang solehah

Yang nantinya akan menjadi bidadarimu di syurga

Kerana aku ingin kita akan disatukan di dunia dan akhirat

~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~

Andai kau ditakdirkan untuk menjadi ayah buat anakku

Jadilah ayah yang bisa mendidik anak kita

Agar mereka nanti menjadi anak kebanggaan buat kita di dunia dan akhirat

Iaitu anak yang soleh dan solehah

Yang bisa menjunjung tinggi Agama Allah

~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~

Andai engkau ditakdirkan untukku

Ku harap kau bisa menjadi imam buatku dan anakku

Kau bisa menjadi pemimpin yang baik dalam rumah tangga kita

Kau bisa mencintai aku apa adanya

Dan bisa menyikapi kekuranganku dengan penuh kebijaksanaan

~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~

Dan andai aku salah

Tegurlah aku dengan kata-katamu yang penuh dengan kelembutan dan kebijaksanaan

Andai aku marah

Belailah rambutku dengan penuh kasih sayangmu

Agar marahku bisa berubah menjadi kelembutan

Andai aku lupa

Ingatkanlah aku dengan penuh kasih sayang

Agar nanti kau tetap menjadi suri tauladan bagiku dan anak kita

~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~

Kerana....

Aku hanya mengharapkan imam yang baik dalam rumah tanggaku

Yang bisa selalu membawa aku ke jalan yang diredhaiNya

Jalan yang menuju syurgaNya bersama dirimu

~♥~ InsyaAllah, aamiin ~♥~

~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~

(¯`v´¯) Buat Bakal IMAM Ku
`·.¸.·´`·.¸.¸¸.•ℒℴνℯ
▀██▀─▄███▄─▀██─██▀██▀▀█
─██─███─███─██─██─██▄█
─██─▀██▄██▀─▀█▄█▀─██▀█
▄██▄▄█▀▀▀─────▀──▄██▄▄█

By: ♥♥•~{'Chintaa Iman Seri}~•♥♥
Nilai cintamu hanya pada Allah yang satu,kasihi Tuhanmu,ridholah Islam menjadi Agamamu,pasti tiada kecewa buatmu.Kelak satu hari nanti ada insan yang menantimu.Berkat kasihmu pada Allah yang satu pasti itulah insan yang menjadi cintamu di dunia wasilah dari Allah.Moga bertambah redha Allah padamu,melimpah kasih-NYA padamu... karena engkau meletakkan kasihmu pada-NYA dahulu sebelum cinta pada kekasih yang menjadi plihan hatimu.

~Kawan ketawa senang dicari kawan menangis susah dicari,ttpi shbt ada dwaktu suka dan duka~

Memilih sahabat yang baik sangat penting kerana sahabat banyak menyumbang pada peribadi seseorang. Dalam sedar atau tidak, sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat, kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya.” (hadis riwayat Abu Daud)

Ciri sahabat yang baik memang banyak, tetapi yang paling utama ialah sahabat yang mengingatkan kita kepada Allah dan mengajak supaya menjauhi larangan Allah.

Dari Ibnu Abas r.a berkata, Rasulullah ditanya : Siapakah di antara teman-teman kami yang paling baik? Rasulullah menjawab, "Seseorang yang mengingatkan kalian kepada Allah dengan melihat wajahnya, menambah ilmu kalian dengan pembicaraannya dan mengingatkan kalian dengan akhirat oleh amalanya."
(Hadis riwayat: Imam Abdu bin Humaid)

Carilah sahabat yang membantu sahabatnya menunaikan amanahnya serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat, dia juga mendorong sahabat mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

Seorang bijak pandai berpesan ‘sahabat yang baik bukan yang membenarkan apa yang anda kata, tetapi berkata benar mengenai anda’.

Dari Abu Said al-Khudri, beliau berkata: Dari Nabi SAW , Baginda bersabda : "Janganlah kamu berteman, kecuali dengan orang mukmin, dan jangan pula memakan makananmu kecuali dengan orang yang bertaqwa." (Hadis riwayat , Abu Daud, at Tirmizi, Ahmad dan Add-Darimi)

NASIHAT yang boleh kita ikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama,
pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua,
pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menyebutnya.

Ketiga,
pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat,
pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu
dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima,
sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu. Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.

Sama-sama kita menjadi sahabat sebegini...sahabat yang dapat memberi manfaat kepada sahabat lain...Allahua'lam

rindu kedamaian~(devotees)

harapan kesamaran,
bila warna damai kian pudar
bertebaran kata dusta
 menghunjam nestapa

tangisan kesayuan
insan meratapi kehilangan
merintih menagih insan
merindui kedamaian

kemana hilang kasih dan sayang
meluntur erti kemanusian
akankah pergi penderitaan
tak ketemu jawapan

(chorus)
dan kezaliman kian rakus menggila meratah nyawa
dan kesengsaraan membarah meruntun jiwa

munajat pengharapan
mendamba cahaya keamanan
menyinari kehidupan
kemiulau rahmat tuhan

*ulang 3*
-chorus2x-
*ulang 5*

palestin:melakar potret pemuda


Anda kenal Justin Bieber? Penulis sendiri tidak berapa kenal penyanyi muda ini, namun ketika Justin datang mengadakan konsertnya di Malaysia, dianggarkan 17,000 penonton memenuhi stadium Negara.
Konsertnya yang pertama di Malaysia berlangsung pada 21 April yang lalu di Stadium Negara. Fenomena Bieber melanda Malaysia apabila tiket-tiket konsert yang berharga RM98, RM188, RM288, RM358, RM498 dan RM888 habis dijual.  Ribuan peminat khususnya remaja menyaksikan konsert tersebut. Bahkan, peminat Justin Bieber sanggup tiba seawal 3.30 petang di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur semata-mata untuk menyaksikan konsertnya yang dijadualkan berlangsung kira-kira jam 8.30 malam. Persembahan yang bermula kira-kira pukul 9 malam itu menggamatkan suasana apabila sebilangan besar remaja menjerit-jerit memanggil nama beliau.
Hebat remaja remaji Malaysia, 17,000 orang memenuhi stadium berbanding konsert Justin Bieber di Indonesia yang hanya berjaya menarik kehadiran peminat sekitar 10 ribu sahaja. Justin Bieber juga mengadakan konsert yang sama di Israel. Ternyata, di negeri haram kaum Yahudi itu, Justin Bieber kurang mampu menarik peminatnya. Buktinya, konsert Justin pada 14 April lalu di Hayarkon Park di Tel Aviv, dihadiri sekitar 17,000, ada yang mengatakan sekitar 24,000 peminat. Namun keduanya masih jauh di bawah target awal, iaitu seramai 35,000 peminat. Jerusalem Post memberi penilaian berbeza. Akhbar itu menyebutkan jumlahnya seramai 21,000. Masih jauh jumlahnya dibandingkan dengan pertunjukan Madonna 2009 di tempat sama yang menarik 56,000 orang hadir.
Bagaimana dengan pemuda Palestin?
Bagi pemuda Palestin, khususnya yang di Gaza, jangankan untuk menonton Justin Bieber, membicarakannya saja mungkin sudah tidak ada waktu. Sampai sekarang mereka masih sibuk memperjuangkan tanah air dan masjid suci Al Aqsa dengan melawan kekejaman Israel yang terus melakukan onar di Palestin dalam pelbagai bentuk.
Sehari selepas konsert di Justin Bieber di Malaysia, ketika pemuda pemudi Malaysia dilanda histeria dan kepenatan menari dan menyanyi bersama Justin Bieber, pemuda Palestin sibuk “menyambut” tentera Israel. Pertempuran tercetus di baldah Isawiyah utara Al-Quds. Kali ini, pemuda Palestin berhasil memusnahkan jeep militer Israel, lalu membakarnya. Akibat keberanian para pemuda ini, seorang tentera Zionis cedera.
Pertembungan lain turut terjadi di tengah Baldah Silwan utara Masjid Al-Aqsa. Para pemuda Palestin melempari batalion pasukan khas Israel dengan batu dan pecahan kaca. Pasukan Israel membalas dengan tembakan gas pemedih mata dan peluru getah. Tidak ada yang tercedera atau terkorban mahupun tertangkap dalam kejadian ini.
Tindakan berani para pemuda Palestin ini terjadi sebagai aksi dendam mereka terhadap tentera Yahudi Israel dan warga penjajah yahudi yang mengganggu ketenteraman warga Palestin di Al-Quds.
Situasi di atas hanyalah sekelumit kisah duka dan tegang yang dilalui oleh para pemuda Palestin. Mereka pernah melalui saat yang lebih getir dan syahdu. Pada Disember 2008, seramai 1,300 termasuk lebih dari 400 anak-anak kecil terkorban, dan 5,300 orang cedera di Gaza ketika Israel melancarkan serangan ganas ke atas penduduk Gaza. Ada kita kisah?
Sebagai pemuda, mana satu potret pemuda kita? Tulisan ini tidaklah bermaksud mempelecehkan para pemuda Islam Malaysia. Berapa kerat sangat yang sanggup histeria dan menangis kerana Justin Bieber? Setidaknya, Anda bukan salah satu dari mereka, kan?
Awas pemuda Islam, saat ini para pemuda sedang mengalami sindrom ‘trapped in a comfortable zone’. Kita terjebak dalam zon selesa sehingga terlalai, tidak sedar dengan apa yang sedang terjadi di dunia. Acapkali kita mendengar ucapan, “Alhamdulillah, untung kita hidup di Malaysia, aman damai saja”. Tidak ada kepedulian sosial, padahal satu muslim yang syahid kelak Allah akan meminta pertanggungjawaban kita sebagai seorang saudaranya. Bukankah muslim itu seperti satu tubuh? Yang jika satu bahagian sakit, maka bahagian yang lainnya akan ikut merasakannya?  Para pemuda diracuni habis-habisan dengan gaya hidup yang hedonis. Pemuda yang seharusnya menjadi generasi penerus dijadikan budak-budak  kebendaan. Bahkan kini sudah sampai pada era “digital colonialization”, penjajahan dalam bentuk digital. Banyak sekali pemuda yang menghabiskan waktunya didepan skrin komputer berjam-jam untuk perkara-perkara yang tidak penting, ber-facebook ria, atau chatting dengan teman-temannya di dunia maya.
Nah! Mana satu potret pemuda Islam kita saat ini..? Bandingkan dengan pemuda pada masa silam. Ketika Imam Syafi’i yang menjadi seorang hafidz Al-Quran dalam usia belasan tahun, ketika Al-Fatih yang menaklukan Konstantinopel pada usia 21 tahun, ketika Ibnu Sina yang sudah mempelajari ilmu kedoktoran pada usia 16 tahun, Abdullah ibn Umar saat berusia 15 tahun menawar diri untuk menyertai perang Khandak, Hasan Al Banna mendirikan gerakan Ikhwanul Muslimin pada usia 23 tahun. Usamah bin Ziad telah memimpin pasukan besar pada usia 18 tahun. Bacalah bagaimana para pemuda Palestin mempersiapkan diri mereka untuk jihad membebaskan Palestin dan Al Quds (http://langitilahi.com/2011/04/27/liku-liku-perjuangan-palestin-dimanakah-posisi-kita/) Anda pasti akan teruja dan terbangun jiwa! InsyaAllah.
“Wahai para pemuda, kerahkan potensi dirimu selagi masih muda kerana belum pernah aku lihat karya yang paling berharga selain yang dilakukan oleh para generasi muda”. (Ibnul Jauzy, Shifatush Shofwah, Jil. IV, hlm. 24).
Inilah potret pemuda! Ayuh kita bersama menyertai Potret Pemuda Mukmin…
Tapakkanlah kaki di jalan Ilahi
Jangan ragu lagia janji surganya pasti
Kobarkanlah api peperangan suci
Yakin kemenangan janjikan bidadari
Bangkitlah segera wahai pemuda
Jangan terlalaikan oleh buai dunia
Di sana ada negeri Islam terluka
Sedarkan jiwamu untuk membela
Siapkan diri, rangkul senjata
Panjatkan doa untuk citakan surga
Pekikkan takbir sampai nafas terakhir
Kejayaan di tangan kita
Satu… hati… bebaskan Palestina
Hancurkan yahudi penjajah
Tegap? maju? dan songsonglah surga
Tak kan pernah gentar
Sampai Al-Quds merdeka
Hahahahahahahahahahaa
Hahahahahahahahahahaa
Aha hahaha Ahahahahaha
Aha hahaha hahahahaha
Satu… hati… bebaskan Palestina
Hancurkan yahudi penjajah
Tegap… maju… dan songsonglah surga
Tak kan pernah gentar
Sampai Al-Quds merdeka
Bangkitlah segera wahai pemuda
Jangan terlalaikan oleh buai dunia
Di sana ada negeri Islam terluka
Sadarkan jiwamu untuk membela
Siapkan diri, rangkul senjata
Panjatkan doa untuk citakan surga
Pekikkan takbir sampai nafas terakhir
Kejayaan di tangan kita
Satu… hati… bebaskan Palestina
Hancurkan yahudi penjajah
Tegap… maju… dan songsonglah surga
Tak kan pernah gentar
Sampai Al-Quds merdeka
Satu… hati… bebaskan Palestina
Hancurkan yahudi penjajah
Tegap… maju… dan songsonglah surga
Tak kan pernah gentar
Sampai Al-Quds merdeka
Tak kan pernah gentar
Sampai Al-Quds merdeka
Tajuk Nasyid : Cita Pemuda
Artis : Shoutul Harokah

.......

Musuh utama manusia adalah dirinya sendiri,
Kegagalan utama manusia adalah kesombongannya.
Kebodohan utama manusia,
Adalah sifat menipunya.
Kesedihan utama manusia,
Adalah rasa iri hatinya.
Kesalahan utama manusia,
Adalah mencampakkan dirinya,
Dan orang lain.
Sifat manusia yg terpuji adalah rendah hati,
Sifat manusia yang paling diuji adalah semangatnya,
Kehancuran terbesar manusia adalah putus asa,
Harta utama manusia adalah kesihatan.
Hutang terbesar manusia adalah sifat berkeluh-kesah,
dan tidak memiliki kebijaksanaan,
Ketenteraman manusia adalah,
Suka bersedekah dan beramal.
Segala pekerjaan mudah untuk dilakukan kecuali satu hal,
Memahami apa adanya tanpa mempersoalkan 'kekurangannya'.
Sebagaimana diri kita, demikian juga makhluk lain,
Sebagaimana makhluk lain, demikian juga diri kita.
Dengan memikirkan mereka, dengan membandingkan mereka,
Tidak seharusnya kita saling berselisih, bertengkar,
Dan membunuh atau menyebabkan hal itu.