assalamualaikum.dah lama tak post about my own life..well.seperti yg sedia maklum,aku ni budak umo 12 tahun..dah lepas upsr.dan dah ada IC..bila dah lepas upsr tu,mesti nak kena ambik result kan.so,ini lah ceritanya..
pagi 19 hb tu,sejuk sgt.sejuk sebab takut itu satu,dan ditambah dengan sejuk sebab hujan.ya,memang hujan lebat pagi tuh..pagi tuh,kol 7 pagi,aku dah siap gosok bju kurung yg nak dipakai...well,cuma aku sorang je yg pakai bju kurung.yg lain suma pakai baju sekolah.woha!lepas siap gosok baju,aku pegi mandi.mandi wangi2...menggigil jugak la badan aku masa mandi tuh..siap mandi,pakai tee lengan pendek n track suit..aku berselimut sambil melayari laman facebook dan mnonton cerita to the beautiful you di internet..sambil bersms dengan shakireen yg sama2 memggigil kesejukan..
serius.sgt sejuk..dalam pukul 8.30 mak aku dah suruh siap2..aku pakai baju kurung kaler pink,dan tudung bawal angah kaler hitam..dlm pukul 9, mak dah ajak gerak..( kami gerak awal sebab nak jumpa cikgu amran utk minta pengesahan borang permohonan smakj)jadi,dalam pukul 9.15,kami tiba di sekolah..
sampai kat seklolah,takde pljr yg dah sampai..kat pondok guard takde org.so,kami redah masuk je.memandangkan cuaca yg hujan,kereta dibenarkan masukke dalamkawasan sekolah. bila dah sampai, tengah siapkan borang dan fotostat yg perlu ckg amran sain,mak cik guard datang ke kereta. dia kata, "fatimah,cikgu amran tak kasik pakai baju biasa utk ambik result..semua yg dtg pakai baju biasa,cikgu amran suruh balek utk salin baju," kata mak cik tuh.aku hanya senyumdan sengih aje.
lepastu,kami terus masuk ke dalam bilik cikgu amran di pejabat..dia mempersilakan duduk..ketika cikgu amran sedang menandatangani borangku,pelbagai cerita keluar dia ceritakan...lg sekali,aku hanya senyum dan sengih.dalam pukul 9.45,segala urusan tu siap.kami membuat keputusan utk keluar sekejap utk bersarapan memandangkan perut aku pun dah buat kosert lagu CN BLUE...haha...aku minum milo ais,n makan roti telur.mak mkn bihun goreng,dan milo panas.selesai makan,kami pergi ke sekolah semula..dalam pukul 10.00.kami hanya duduk di dalam kereta menunggu rakan2 ku yg lain utk sampaikesekolah..semua aku tengok pakai baju uniform sekolah..adehh..aku dah rase tak nak turun dari kereta dah. adehh..sabo je la...aku menunggu shakireen utk sampai ke sekolah.kami dah janji nak pakai baju biasa sama2 ..haha..
tepat pukul 11,shakireen sampai..lima minit pastu,guru besar pun sampai jugak dgn membawa keputusan upsr kami semua.tgn makin sejuk.lutut dah terasa tak kuat.pukul 11.40,ckg dah suruh semua masuk dewan.mula2,cikgu bacakan peratus pelajar yg lulus mengikut matapelajaran.lepas tuh,cikgu nak mula umumkan keputusan...najwa semakin erat menggenggam tanganku tanda mahukan kekuatan..aku hanya membiarkan.
cikgu cakap,jumlah pelajar yg mendapat 5 a,ada penurunan berbanding thun lepas.thun lepas 13 org,manakala tahun ni hanya 3 orang..berderau darahku ketika mendengar perkhabaran itu..aku tertanya-tanya..adakah akua masuk dalam senArai 3 org itu??dada mula berombak kencang.cikgu mulakan dgn pelajar yg dapat 5 a..semua orang dah sangka,aku,shakireen dan atiqah yg dpt 5A..kami bertiga hanya duduk bersebelahan.
nama pertama,mohd dani irfan bin osman.mataku terbeliak!what!dia dapat?serius aku terkejut.dia pergi ke depan salam teacher molly,ambik slip dan tandatgn di senarai nama.
nama kedua,SITI FATIMAH AZZAHARAH KAMARUDIN!!!aku terkedu lg sekali..alhamdulillah!!!aku dapat!!!!aku bgn dari kerusi dan pergi kedepan,aku salam teacher molly,dia ucap tahniah kat aku.aku ambik slip dan pergi ke meja cikgu hasliza.aku tunduk utk menyalami tgn guru yg berjasa itu.dia juga ucapkan tahniah.tgnku menggigil ketika memegang pen utk menandatangani senarai nama.terkejut barangkali.
dan nama ketiga, nur farisa aliah binti zaidi.org semua terkejut dan ternganga.dia jiga sepertiku.bgn,pergi ke depan,ambik slip dan tanda tgn.dalam pada itu,semua tgh ternganga.mana pergi nama shakireen?asal nama dia takda?sejurus kemudian,nama dia dan atiqah diumumkan dalam kalangan pelajar yg dpt 4 A,1B..semoga kau tabah sahabat..selesai dia menandatangani enarai nama,dia kembali ke tempat duduknya degn air mata yg berjujuran.matanya merah.. bila dia duduk,akumemeluknya sambil mengusap2 bahunya..dia meletakkan kepala dia atas bahuku.bahunya jelas terhinggut2 menahan tangisan.dadaku dihimpit sebak..najwa pula dapat 3A2B..dia tak nangis.najwa memang seorangyg kuat.syabas ju'a..mak dah menuju ke meja cikgu molly di depan.mak minta kebenaran kut utk bawak aku blek.sebelum keluar dewan,ju'a meminta izin untuk menggenggam tgn ku utk kali terakhir.aku hanya membiarkan.mak menungguku di luar dewan.keluar je dri dewan,aku jerit." mak!!!galaxy S III!!!!" pahamlah mak bahawa itu memang hadiah yg aku nak..wahahaha...sebelum pulang,aku berjumpa dgn guru2 ku...semua mengucapkan tahniah kepadaku.cikgu fazana memelukku dgn erat.sebak!kemudian,kami pergi ke kedai fotostat utk fotostat slip tuh..dan laminate...kemudian,kami oergi ke sekolah semula utk memberi 3 salinan slip itu lepada cikgu amran.cikgu amran mengucapkan tahniah kepadaku dan memberiku rm10..haha...tetiba,ada org call.aku minta diri utk jawab call tu kat luar pejabat.rupa-rupanya syahmi call.dia tanya aku dapat bpe a..aku jawab,5 a alhamdulillah..dia tanyasape lagi dpt 5 a..pastu,aku tanye dia dpat bpe a,dia kata dia dapat 4 a..ahamdulillah..tahniah!aku cakap kat dia.tak lama kami berbual,mak dah ajak balik.so,terpaksa matikan call.huhu...selepas itu,kami ke johor utk menguruskan permohonan smakj.
sekian,peristiwa 19 hb...semoga allah redha...kepada sahabat yg bace post nih.ketahuilah,keputusan upsr ni hanya permulaan...jika kalian mendapat keputusan yg kurang memberangsangkan,jgn bersedih.allah itu maha mengetahui apa yg terbaik buat hamba- hambanya..percayalah,setiap perkara ygberlaku,ada hikmahnya.tunggu sehingga hikmah itu tersingk di kemudian hari.
tulusly,
imah_narmia.
Wednesday, November 21, 2012
peristiwa 19 november 2012
Posted by siti fatimah at 5:14 AM 0 comments
Subscribe to:
Comments (Atom)
