BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, December 2, 2013

hidup.tak seindah yang dijangka.

assalamualaikum.
<tarik nafas,hembus,uhoh.terbatuk.byk sgt habuk+sawang>haha.
laaaaaaaamaa saangat tak hapdate blog.
erm.baaaanyaaakkk benda dah berlaku sepanjang katiadaan aku di blog ni.
 frankly speaking,aku saaangat busy dengan pbs segala bagai.

sib?
alhamdulillah.
mumtaz excellent,
berkat doa,usaha dan tawakal.berkat doa ibu bapa,kawan2.cewah.
memang tak sangka part yang excellent tu.
sebab memang susah nak dpt.
dah lah essay aku teruk gilaa.
haha.
<cerita  bulan 8>

raya?
tak happy cam thun2 sebelum ni.hambar sgt,
family tak cukup korum
angah tak balik.
along raye kat belah suami dia.
baim balik sekejap sgt.
sempat 2 minggu je ngan dia.sepanjang cuti raya.
then,dia balik sana balik.

 <cerita bulan sembilan>
hmm.officially dilantik sebagai pengawas 2014.
seriously tak sangka.ckg offer borang.amek,isi.sukasuka je sebenarnya.
sekali,amek kau.dpt.terasa la beratnya tanggungjawab tu.
igt mcm pengawas sekolah rendah aje.
tpi,serius.kadang2 rase nak nangis.
bila fikir.tanggungjawab aku terhadap budak batch aku.
bila fikir masalah dorang,memang aku akan tidur lepas tu.sebab apa?
migraine teruk!

periksa akhir tahun.
yang ini aku tak faham ape sebenarnya motif dia.
apa perlunya benda ni sedangkan dah ada pbs?
hmm.ape pun.alhamdulillah.dapat lalui dengan baik.
subjek arab lebih MUDAH berbanding subjek akademik.
sebab apa?sebab kita hafal.
subjek akademik agak susah sebab apa?sebab dia soal benda yg takde dlm buku teks pun.
dan ini menyebabkan saya rasa tension dan rase nak masuk madrasah.
hahah!

 tamat lah usia f1.
tak sangka.aku dh nak masuk f2.
aku dah lalui form 1 yang penuh dgn cabaran dengan jayanya.
sila kagum dari jauh.
kadangkadang rase tak percaya.
thun depan dah takda form5 generasi 22 yang awesome utk jaga kitorang.
tak tau la kuat ke tidak utk hadapi sume tu.
tanggungjawab utk jaga batch atas bahu aku.
hmm.nanti mesti rindu dgn form5.
dgn kak firzanah,dgn kak lily.hmm..
ehh.tak sempat pun kann nak berbual dgn kak lily?sedih jugak la.haha.

lastly,nak kate.
doakan aku utk hadapi segala cabaran yg mendatang.
cabaran untuk menjaga batch aku.
26generation.camaraderie.

sayang kalian kerana allah.terima kasih sebab membaca.


Wednesday, May 29, 2013

aku.

*fuhh.fuhh*

*sapu*sapu*sapu*
*tiup*tiup*tiup*
*sapu dan tiup sume sawang dalam blog yg dah berkurun tak update..
maklumla..sye ni sgt busy orgnya..
lagi lagi  sejak bergelar smakjian.
yes..i'm smakjian and i'm proud of it..

hrmm..dh 5 bulan bergelar budak sekolah menengah..memang seronok.sebab rasa diri dah besar.haha.ini tipu.
sejak jadik budak sekolah menengah,rasa lain..tak rasa nak belajar main2 lagi dah..ye la..pesaing2 aku semua budak hebat2..sume budak 5 dan 4a upsr...serius..tercabar kalau ada orang kata nakk kalahkan aku..sbbnye,ujian first hari tu,aku dpt first place..dorang kecoh sampai akak2 form 5 pun tau.malu aku.dorang suma pelik..aku yg pendiam dan pasif ni boleh dpt first place dlm batch pompuan...haha..oke.aku perasan..

next story is about..err..sib.yahh..sib is stand for sijil intensif bahasa..okay..honestly..soalan dia TERsangat lah senang..sebab soalan dia lebih kurang same je dgn soalan tahun2 lepas..yg aku pernah buat..yg ckg pernah kasik kat aku..aku dgn senang  hatinya tidur selama satu jam setengah masa paper bahasa arab,nahu sorof...masa yg diberi adalah 2 jam..aku sampai penat ubah posisi tidur..tak habis habis jugak masanya..haha,,paper bi agak tough jugak la..sbb kena buat essay..tpi not bad..aku dpt buat hampir 400 patah perkataan..well..you know me..tpi paper bi aku berjaya untuk tak tidur sepanjang 2 jam tu...sila kagum dari jauh..haha..

next story is about my kakak syg fillah..setiap form 1,mesti ada sorang kakak yg akan jaga dia sepanjang dia hidup kat asrama masa dia form 1..well,mine is kak Nur Khalili bt mohd ahyan..kakak yg paling ditakuti form1 dorm d...sebabnya akak ni sgt la garang (kalau korang buat masalah dgn dia)
tpi sebenarnya dia baik je...kami berdua berkomunikasi melalui stick note..untuk pengetahuan,kami tak pernah berbual kecuali masa taaruf je..kalau bandingkan kami dgn org lain,korang akan jadik sgt pelik..sbbnya,org lain sume rapat dgn kakak syg fillah dia..aku je yg tak pernah berbual..aku pernah sekali solat sebelah kak lily masa dia jadik imam..and my friend says,kak lily senyum je masa suruh makmum lurus n rapatkan saff...haha..perasan kejap..aku segan sebenarnya duduk sebelah dia..masa salam after solat pun aku diam jek..haha..
aku dan stick note dri kak lily..dia wish aku mase nak sib hari tu..berbunga hati aku bgn dri tdo,tgk locker ade kertas tu..terus bersemangat aku nak jwb sib mase tu..haha..

err..tu jela kut cite menarik setakat ni..sepanjang 5 bulan aku kat smakj..sori kalau bosan..ini cerita aku,blog aku..sukati aku la..

Monday, May 27, 2013

dear awak.

assalamualaikum dear awak..
saya sgt berharap yg awak bace entry ni..
sgt sgt sgt berharap..

dear awak..
sye nak awak tau..
betapa sye syg kan awak (?)
ye.
sye mengaku.
sye sygkann awak.
tpi.
sye tau..
awak mesti dah lupakan sye.
sye tau.
sye redha dgn suma tu.

dear awak..
sye nak awak tau..
yg semua ni,bukan kehendak sye..
bukan sye nak nak semua ni..
tpi atas arahan org lain..
sye tak berani nak langgar arahan diorang..
or sye akan digelar 'KA,budak sosial' and so on..

dear awak.
kalau kita teruskan hubungan kita,
awak yakin ke redha allah tu bersama dgn kita??
awak yakin ke kita dpt sentiasa mengelak dri buat dosa?
awak yakin ke kita akan sentiasa mengelak dri buat maksiat?
awak yakin ke awak yg akan jadik suami sye satu hari nanti?

dear awak..
sbb sye tak yakin lah sye berhenti smpi situ je.
sye tak nak terus buat dosa.
sye tak nak terus buat maksiat,.
sye tak nak buat ape ape hubungan dgn org yg belum bergelar suami sye yg sah..

dear awak..
ketahuilah..
kerana mencintai dlm doa itu lebih baik...




                                                                                                                          sincerely,
                                                                                                                          truly me..

Saturday, December 22, 2012

21.12.2012

alhamdulillah..
semalam along dah selamat melahirkan seorang anak lelaki yg sgt comel..

                                                                    hee..tomei kan diaa??

semalam jugak aku officially single..aku bru clash dgn pencuri hati kelas satu aku..kalau dia masih sygkan aku,dia mesti dah reply text aku dan pujuk aku..betul kan??but he didn't do that..frankly speaking,aku kecewa dgn dia...tapi aku kena kuat..aku takleh menangis disebabkan dia..lantak dia la kann..
tapi aku keliru dgn perasaan aku sendiri..dia khianati aku.tapi kenapa aku sgt excited bila tgk dia komen kat gambar yg aku letak kat fb??aku rse macam gembira bila tgk dia bagi respon kat gambar tu..ke dia cuma nak tarik perhatian aku je?aku sendiri tak tau..arghh..aku tension bila fikir pasal dia..

Friday, December 21, 2012

sampai hati awak

awak..sye rindu kat awak.
sye masih syg kat awak.
tpi sampai hati awak buat saya macam ni.
awak janji kat sye macam2.
tapi apa yg awak dh buat kat sye?
awak kecewakan saya.awak hancurkan hati saya.awak remukkan hati saya.
even masa sye sms kat awak mintak clash pun,awak buat tak kisah aje.
awak langsung tak reply.
awak langsung tak endahkan pun sms tu kan..
sampai hati awak..
rupanya saya ni terlebih berangan..
saya fikir awak akan pujuk saya.
.rupa-rupanya,saya silap menduga.
rupa-rupanya saya silap berangan.
maaf andai selama ini saya hanya mengganggu hidup awak..
maaf..izinkan saya pergi dari hidup awak..
saya dah tak sanggup dipermainkan lagi.
saya dah tak sanggup hidup dengan penipu.
jujur,saya kecewa dengan awak.
awak mmg tak pernah fikir perasaan saya selama ni kan..
sebab tu awak sanggup buat saya macam ni..
sampai hati awak,,,


Wednesday, November 21, 2012

peristiwa 19 november 2012

assalamualaikum.dah lama tak post about my own life..well.seperti yg sedia maklum,aku ni budak umo 12 tahun..dah lepas upsr.dan dah ada IC..bila dah lepas upsr tu,mesti nak kena ambik result kan.so,ini lah ceritanya..

pagi 19 hb tu,sejuk sgt.sejuk sebab takut itu satu,dan ditambah dengan sejuk sebab hujan.ya,memang hujan lebat pagi tuh..pagi tuh,kol 7 pagi,aku dah siap gosok bju kurung yg nak dipakai...well,cuma aku sorang je yg pakai bju kurung.yg lain suma pakai baju sekolah.woha!lepas siap gosok baju,aku pegi mandi.mandi wangi2...menggigil jugak la badan aku masa mandi tuh..siap mandi,pakai tee lengan pendek n track suit..aku berselimut sambil melayari laman facebook dan mnonton cerita to the beautiful you di internet..sambil bersms dengan shakireen yg sama2 memggigil kesejukan..

serius.sgt sejuk..dalam pukul 8.30 mak aku dah suruh siap2..aku pakai baju kurung kaler pink,dan tudung bawal angah kaler hitam..dlm pukul 9, mak dah ajak gerak..( kami gerak awal sebab nak jumpa cikgu amran utk minta pengesahan borang permohonan smakj)jadi,dalam pukul 9.15,kami tiba di sekolah..

sampai kat seklolah,takde pljr yg dah sampai..kat pondok guard takde org.so,kami redah masuk je.memandangkan cuaca yg hujan,kereta dibenarkan masukke dalamkawasan sekolah. bila dah sampai, tengah siapkan borang dan fotostat yg perlu ckg amran sain,mak cik guard datang ke kereta. dia kata, "fatimah,cikgu amran tak kasik pakai baju biasa utk ambik result..semua yg dtg pakai baju biasa,cikgu amran suruh balek utk salin baju," kata mak cik tuh.aku hanya senyumdan sengih aje.

lepastu,kami terus masuk ke dalam bilik cikgu amran di pejabat..dia mempersilakan duduk..ketika cikgu amran sedang menandatangani borangku,pelbagai cerita keluar dia ceritakan...lg sekali,aku hanya senyum dan sengih.dalam pukul 9.45,segala urusan tu siap.kami membuat keputusan utk keluar sekejap utk bersarapan memandangkan perut aku pun dah buat kosert  lagu CN BLUE...haha...aku minum milo ais,n makan roti telur.mak mkn bihun goreng,dan milo panas.selesai makan,kami pergi ke sekolah semula..dalam pukul 10.00.kami hanya duduk di dalam kereta menunggu rakan2 ku yg lain utk sampaikesekolah..semua aku tengok pakai baju uniform sekolah..adehh..aku dah rase tak nak turun dari kereta dah. adehh..sabo je la...aku menunggu shakireen utk sampai ke sekolah.kami dah janji nak pakai baju biasa sama2 ..haha..

tepat pukul 11,shakireen sampai..lima minit pastu,guru besar pun sampai jugak dgn membawa keputusan upsr kami semua.tgn makin sejuk.lutut dah terasa tak kuat.pukul 11.40,ckg dah suruh semua masuk dewan.mula2,cikgu bacakan peratus pelajar yg lulus mengikut matapelajaran.lepas tuh,cikgu nak mula umumkan keputusan...najwa semakin erat menggenggam tanganku tanda mahukan kekuatan..aku hanya membiarkan.

cikgu cakap,jumlah pelajar yg mendapat 5 a,ada penurunan berbanding thun lepas.thun lepas 13 org,manakala tahun ni hanya 3 orang..berderau darahku ketika mendengar perkhabaran itu..aku tertanya-tanya..adakah akua masuk dalam senArai 3 org itu??dada mula berombak kencang.cikgu mulakan dgn pelajar yg dapat 5 a..semua orang dah sangka,aku,shakireen dan atiqah yg dpt 5A..kami bertiga hanya duduk bersebelahan.

nama pertama,mohd dani irfan bin osman.mataku terbeliak!what!dia dapat?serius aku terkejut.dia pergi ke depan salam teacher molly,ambik slip dan tandatgn di senarai nama.

nama kedua,SITI FATIMAH AZZAHARAH KAMARUDIN!!!aku terkedu lg sekali..alhamdulillah!!!aku dapat!!!!aku bgn dari kerusi dan pergi kedepan,aku salam teacher molly,dia ucap tahniah kat aku.aku ambik slip dan pergi ke meja cikgu hasliza.aku tunduk utk menyalami tgn guru yg berjasa itu.dia juga ucapkan tahniah.tgnku menggigil ketika memegang pen utk menandatangani senarai nama.terkejut barangkali.

dan nama ketiga, nur farisa aliah binti zaidi.org semua terkejut dan ternganga.dia jiga sepertiku.bgn,pergi ke depan,ambik slip dan tanda tgn.dalam pada itu,semua tgh ternganga.mana pergi nama shakireen?asal nama dia takda?sejurus kemudian,nama dia dan atiqah diumumkan dalam kalangan pelajar yg dpt 4 A,1B..semoga kau tabah sahabat..selesai dia menandatangani enarai nama,dia kembali ke tempat duduknya degn air mata yg berjujuran.matanya merah..   bila dia duduk,akumemeluknya sambil mengusap2 bahunya..dia meletakkan kepala dia atas bahuku.bahunya jelas terhinggut2 menahan tangisan.dadaku dihimpit sebak..najwa pula dapat 3A2B..dia tak nangis.najwa memang seorangyg kuat.syabas ju'a..mak dah menuju ke meja cikgu molly di depan.mak minta kebenaran kut utk bawak aku blek.sebelum keluar dewan,ju'a meminta izin untuk menggenggam tgn ku utk kali terakhir.aku hanya membiarkan.mak menungguku di luar dewan.keluar je dri dewan,aku jerit." mak!!!galaxy S III!!!!" pahamlah mak bahawa itu memang hadiah yg aku nak..wahahaha...sebelum pulang,aku berjumpa dgn guru2 ku...semua mengucapkan tahniah  kepadaku.cikgu fazana memelukku dgn erat.sebak!kemudian,kami pergi ke kedai fotostat utk fotostat slip tuh..dan laminate...kemudian,kami oergi ke sekolah semula utk memberi 3 salinan slip itu lepada cikgu amran.cikgu amran mengucapkan tahniah kepadaku dan memberiku rm10..haha...tetiba,ada org call.aku minta diri utk jawab call tu kat luar pejabat.rupa-rupanya syahmi call.dia tanya aku dapat bpe a..aku jawab,5 a alhamdulillah..dia tanyasape lagi dpt 5 a..pastu,aku tanye dia dpat bpe a,dia kata dia dapat 4 a..ahamdulillah..tahniah!aku cakap kat dia.tak lama kami berbual,mak dah ajak balik.so,terpaksa matikan call.huhu...selepas itu,kami ke johor utk menguruskan permohonan smakj.

sekian,peristiwa 19 hb...semoga allah redha...kepada sahabat yg bace post nih.ketahuilah,keputusan upsr ni hanya permulaan...jika kalian mendapat keputusan yg kurang memberangsangkan,jgn bersedih.allah itu maha mengetahui apa yg terbaik buat hamba- hambanya..percayalah,setiap perkara ygberlaku,ada hikmahnya.tunggu sehingga hikmah itu tersingk di kemudian hari.
tulusly,
imah_narmia.

Tuesday, October 16, 2012

tersingkap hikmah segala peristiwa (part 3)


sampai di bilik guru,aku membuka kasut dan masuk.tiba di meja ustaz,dia duduk di kerusinya.aku hanya berdiri menanti ustaz itu siap menyusun barangnya.dah macam patung cendana aku kat situ.tidak lama kemudian,ustaz memandangku.

  ''duduklah,''arahnya.aku menarik kerusi dihadapannya dan duduk perlahan-lahan.
  ''okey,part mana awak tak faham?'' soalnya sambil memandang wajahku.aku hanya merenung buku nota.aku mengangkat muka.
''part yang tentera islam masuk melalui empt penjuru.siapa ketua di keempat-empat penjuru itu?apa yang berlaku semasa mereka masuk ke dalam kota mekah?ustaz cakap laju sangat part tu.saya tak faham,"jawabku sambil bertanya.

  ''okey.yang itu,''dia memandang ke sudut tepi mejanya.dia mencapai sehelai kertas A4. dia mengeluarkan pen dari koceknya.dia menconteng sesuatu di situ.

  ''tengok ni eh.rasulullah mengarahkan tentera islam untuk berpecah kepada empat kumpulan.setiap kumpulan akan masuk dari keempat-empat penjuru.iaitu utara,selatan,timur dan barat.sampai sini faham?"terangnya.aku menganggukkan kepala.

   ''ketua untuk setiap kumpulan.dari utara,ketuanya ialah Zubair bin Awam.dari selatan pulak,ketuanya ialah Khalid alWalid,dari barat,ketuanya ialah ali bin ubadah dan ali bin abu talib.seterusnya,dari timur,ketuanya ialah rasulullah S.A.W. dan abu ubaidah,''terangnya sambil memandang wajahku.

   ''sejak awal lagi,rasulullah dah pesan supaya tentera islam tak melakukan kekerasan atau pembunuhan kecuali terpaksa.semua kumpulan masuk dengan aman kecuali kumpulan yang memasuki kota mekah melalui selatan yang diketuai oleh siapa?"
   ''khalid alwalid,''jawabku pantas.
    ''bagus.disitu,berlaku pertempuran antara tentera islam dan musyrikin quraish dan telah mengorbankan 2 nyawa orang islam dan 13 orang musyrikin quraish.faham?"soalnya.
   ''okey,dah faham,terima kasih ustaz!''ucapku sambil bangun dari kerusi dan buat tabik hormat padanya.ustaz tersenyum.
  ''eh,siapa suruh awak bangun?duduk balik,''soalnya dengan senyum meleret.aish!ini dah kenapa ni?dia ni buat aku takut la.
   ''kalau dah faham,ustaz pula nak tanya soalan dengan awak,''katanya.aduih. ustaz ni!aku nak masuk kelas la!ustazah Atieqa kata nak mengajar tajuk baru hari ni.
    ''err.ustaz,hari ni ustazah atieqa kata nak mengajar tajuk baru la.nak masuk kelas boleh?"
soalku dengan suara yang nak tak nak aje keluar.
   ''tak boleh!''jawab ustaz tegas.bahuku jatuh menandakan betapa kecewanya aku.aku memuncungkan mulut.aku menarik kerusi di hadapan ustaz itu dengan kasar.protes!merajuk!aku lihat wajah ustaz makin ceria.aku pelik.dia tak marah pun dengan sikap aku yang kurang ajar tu.ingatkan buat macam tu kena hhalau masuk kelas.dia makin happy.dush!rasa nak hempuk kepala ustaz dengan kotak pensel aku ni.

   tiba-tiba,terdengar suara ketawa ustaz yang meletus tanpa sempat di tahan.terus pandang muka ustaz yang sudah memerah itu.aku mengerutkan dahi.aku dah bersedia untuk bangun dan keluar dari bilik guru ini jika ustaz jadik gila secara tiba-tiba.

  ''muka awak comel betullah bila buat duckface tu humaira!haha!serupa macam itik belaan nenek saya kat kampung,''ujarnya sambil memegang pipiku.aku  naik berang dengan sikap ustaz ni.aku bangun dari dudukku sambil menepuk meja.

  ''ustaz,kalau ustaz cuma nak mempersendakan saya je kat sini,saya mintak maaf banyak-banyak. saya takda masa.assalamualaikum,''ucapku sambil mengangkat buku dan alat tulis yang ku bawa tadi lantas meninggalkan ustaz keseorangan di bilik guru itu.dia sempat menangkap tanganku lantas aku merentap kembali.tidak kedengaran lagi tawanya.ah!biaq pi la dia! memangla rasa bersalah kian menggigit jiwa sebab tak ada adab dengan ustaz.tapi,dia dah melampau.sesuka hati dia je nak sentuh aku!

sejak peristiwa tu,aku memang mengelak kalau jumpa dia.setiap kali kelas sirah,aku tidur.haa,jangan ingat aku yang bertudung labuh ni tak berani buat macam tu kat ustaz. peristiwa ni tak terhenti kat sini. kawan-kawan aku perasan perubahan sikap aku. Faris menawarkan diri untuk bertanyakan ustaz kenapa dia berbuat sebegitu terhadap aku.

dan jawapannya sangat mengejutkan.

''ustaz rasa,ustaz dah terminat kat dia. dia tu baik la. comel pulak tu,'' ah sudah.itu jawapan dia?tak masuk akal betul.merepek!tokei kerepek!

usai bercerita,faris merenung mataku.aku menundukkan pandangan.aku kan pemalu!

''elele..malu pulak dia,''usik faris sambil memegang daguku.
''ish.awak ni!"ujarku sambil mengalihkan pandangan.darah terasa menyerbu ke muka.aku melarikan diri ke luar rumah.nasib baik dah sedia bertudung.kalau tak. naya je dapat dosa dosa free of charge.

    


Tuesday, August 28, 2012

tersingkap hiknah segala peristiwa (part2)


             usai solat,aku duduk di birai katil.aku mencapai senaskhah al-quran dan membacanya dengan suara perlahan.cukup untuk telinga aku dengar sendiri.aku leka membaca hingga tak sedar faris masuk ke dalam bilik dan duduk di sebelahku.aku mnghabiskan bacaan.


          selesai membaca,aku baru sedar faris sudah bersandar kepala di kepala katil.aku meletakkan al quran di atas meja sisi katil.aku bersandar di bahunya.


           ''tak sangka kan?dulu kalau gaduh,boleh bergegar kelas kalau saya kejar awak.tapi sekarang dah jadi suami,''aku memulakan bicara.dia memeluk bahuku erat.


     ''Allah dah menentukan jodoh abang ialah sayang.so,apa yang tak sangkanya?''sanggahnya.aku hanya mengiakan.

       ''terima kasih sayang kerana mengisi jiwa abang,''ucapnya sambil mengucup pipiku.

'      'tapi,saya tak sesempurna awak.awak hafiz.saya ni,apa yang ada?"jawabku.sebak mula menghimpit dada.

      ''abang tak harap yang sempurna sebab abang pun tak sempurna.abang cuma cari seorang wanita yang boleh mengisi hati abang,yang boleh menemani abang di saat abang sedih,kecewa,gembira.abang bersyukur sangat sebab allah kurniakan sayang untuk abang,''ujarnya.air mataku berjuraian jatuh ke pipi.tangan Faris jatuh di pipiku dan mengelap air mata itu.aku menarik nafas panjang.menenangkan hati.

       ''terima kasih awak sebab terima saya yang tak seberapa ni,''ucapku tulus.dia hanya tersenyum sambil menatap wajahku. redup matanya menentang mataku.aku melarikan pandangan memandang tempat lain.dada mula berombak tak tentu pasal.jantung rasa nak terkeluar ikut tekak.ish!aku lemah betul kalau dia tenung aku macam tu.sejak sekolah rendah lagi dia suka tenung aku macam tu.

'  'alalala.comelnya muka dia bila malu,''usiknya sambil memegang daguku untuk mengangkat wajahku menghadap mukanya.aku terus meminta diri untuk keluar dari bilik itu.karang kalau dia buat benda bukaan-bukan, sia-sia je.

tiba-tiba,telefon bimbit di dalam poket seluar track aku berbunyi.ada mesej masuk.erk.Faris merenungku. alamak.aku mengeluarkan telefon itu dan membuka mesej yang baru masuk itu.

    mesej daripada Hanadzlah. sahabatku. dulu dia adalah seorang ustaz yang mengajarku merangkap guru kelasku. tapi sekarang kami bersahabat. dia memang rapat denganku.

     assalamualaikum.mai.tahniah atas perkahwinan awak.sorry tak dapat datang.sepupu saya kahwin sama dengan tarikh awak la.sorry kay?.^.^

     aku tersenyum membaca sms itu.aku faham.tanganku pantas membalas smsnya itu.

     waalaikumussalam.tak apa.tak kisah pun.tapi,nanti masa majlis kat Melaka,awak WAJIB datang!faham?

tak sampai seminit,dia membalas.

    insya allah.kalau Allah izinkan,saya datang.tapi,janji awak kena sediakan tempat VVIP untuk saya.;)

    ek ena.itu kena cakap dengan encik faris la.jangan cakap ngan Mai.majlis kat rumah dia.:p

   haha.ok.nanti saya cakap kat dia.Mai.saya nak siapkan kerja sikit ni.bye.assalamualaikum.

   waalaikumussalam.^.^

   aku berjalan menuju ke dapur.nak minum air.kering betul tekak ni.adehh.aku memasukkan telefon ke dalam kocek seluar.

      "busy ber'sms' nampak.siapa tu?sayang jangan.abang jeles tau,''bisik faris dengan nada berjauh hati. tersentak aku. terangkat sikit bahu aku.

     ''hisy!awak ni!nasib baik saya tak ada sakit jantung.kalau tak,dah lama jalan tau kalau awak buat macam ni,''ujarku sambil menampar lembut pipinya. ala-ala aksi manja gitu. dia menggenggam tanganku.

     ''siapa tu?" soal faris dengan kening terangkat.aku senyum.
    
     ''ustaz hanadzlah,''jawabku pendek.

     ''dia tak tahu ke sayang ni dah kahwin?" kata fariz dengan suara yang meninggi. nampak sangat dia jealous. adehh.macam mana ni?dia mula melangkah meninggalkanku dan melepaskan tanganku.aku mengejarnya 

    ''ni.awak,awak,awak. please dengar explaination saya dulu kay?dia cuma nak minta maaf sebab tak dapat datang walimah kita.sepupu dia kahwin sama tarikh dengan kita.dia bukan nak mengurat saya la awaakk,'' jelasku dengan nada berlagu di akhirnya.

   ''betul ni?''tanyanya sambil tangannya melingkar di pinggangku.matanya merenung anak mataku.

  ''betuull!tak tipu!awak jangan la jealous macam ni. saya ni jenis yang tak gemar dengan orang yang kuat cemburu tau!'' jawabku sambil melepaskan diri dari rangkulannya. malu walaupun sebenarnya suka. entahlah. rasa selamat la dia buat macam tu. deii!humaira! kau dah jatuh cinta ke apa dengan faris ni? 

   ''abang bukan jealous la sayang. abang cuma risau kalau ustaz tu ambil isteri abang yang comel lote ni. dah lah sejak dulu lagi dia menaruh minat kat sayang,''ujarnya sambil mencubit pipiku.aku membeliakkan mata.apa dia cakap?hanadzlah minat kat aku?air di mulut terasa nak tersembur keluar.apa la yang laki aku ni mengarut.aku telan perlahan-lahan air di mulut.

  ''chop,chop.apa awak kata tadi? ustaz hanadzlah minat dekat saya?'' soalku inginkan kepastian.dia beria-ia menganggukkan kepala.aku melepaskan tawa.terhinggut-hinggut bahuku menggelakkan statement yang dikeluarkan oleh suamiku ini.muka Faris masam mencuka mendengarkan tawaku yang meletus tanpa dapat ditahan-tahan.aku menarik nafas panjang untuk menenangkan hati

  ''okey,okey.sorry ya?statement awak lawak sangat la,''kataku.adehh.sakit perut aku gelak.
  ''macam-mana awak kata dia minat kat saya?dari segi apa tu?"soalku dengan kening terangkat tinggi dan perasaan ingin tahu yang memuncak.faris mencondongkan kepala ke kiri untuk mengingat kembali kenangan di sekolah rendah.

''okey,Humaira?awak faham dengan penjelasan saya tadi?''waktu itu dia mengajar subjek sirah.dia menerangkan proses pembukaan kota mekah.aku menganggukkan kepala tanda aku memahami apa yang diajar.aku tenung semula nota yang aku catat sepanjang penerangan ustaz itu.sekejap eh.okey.beberapa part yang aku tak faham.aku mengangkat tangan untuk bertanya.

   ''ye humaira?ada masalah?''
   ''ustaz,boleh terangkan lagi sekali part tentera islam yang masuk ke mekah melalui empat penjuru tu tak?saya tak berapa faham.siapa yang ketuai di keempat-empat penjuru tu?apa yang berlaku semasa tentera islam memasuki kota mekah itu?"soal ku panjang lebar.ustaz tersenyum.

  ''awak berangan eh masa saya mengajar?kan saya dh cerita semua tu.okey.takpa.pelajar yang lain semua faham ye tajuk ni?nanti ujian 2,saya akan keluarkan soalan tentang tajuk ni.jadi,kalau tak faham boleh tanya saya di bilik guru.baik lah.masa pun dah habis.ustazah Atieqa dah tunggu kat luar tu.Humaira,ikut saya ke pejabat.saya ternagkan part yang awak tak faham.terima kasih kelas!" kata ustaz muda itu.aku hanya menurut.ingatkan dia nak terangkan kat sini je.kan senang.ish dia ni.selalu kalau ada budak tak faham dia terangkan dalam kelas aje.aku membawa buku nota yang setia bersamaku setiap waktu itu.aku berjalan dengan malas mengikut langkah ustaz hanadzlah.


Friday, July 27, 2012

tersingkap hikmah segala peristiwa (part 1)



sampai di dapur,mereka masih sengih-sengih gaya kerang.adehh.mampus aku kena bahan japgi. faris memeluk pinggangku erat supaya tubuhku rapat dengan tubuhnya. aku tengok sarapan dah siap.

''laah.baru nak tolong.dah siap ke?''soalku sambil tersengih.

''heh.pengantin baru bangun lambat takyah nak banyak bunyi lah,''ujar kak Isya.eh dia ni.aku sepak kang sia-sia je.aku duduk di salah sebuah kerusi yang kosong di meja makan itu.aku mula mencedok makanan ke dalam mangkuk kosong dan memulakan makan.tiba-tiba bahuku ditepuk.
aku pandang belakang.

''kau boleh tak jangan lupakan laki kau yang tercongok macam patung batu kapur kat situ boleh tak adik?''tegur kak fira.

''ehh,lupa.sori la wak,''kataku sambil menarik kerusi disebelahku.aku mancapai mangkuk dan mencedok mee goreng dan letakkan kat depan Faris.dia tersengih sambil mencuit hidungku.aku menepis tangannya.dia tergelak.

selesai makan,kami berdua keluar rumah untuk menghirup udara segar pada pagi yang indah ini.Faris menggenggam jari jemariku.aku hanya membiarkan.dah macam pasangan bahgia pulak dah.adoiiyyaaii!

kami berjalan keliling rumah sambil memerhatikan gelagat kucing kepunyaanku yang sibuk mintak makan.Faris nampaknya suka dengan kucing.nasib baik geng aku.kalu tak memang teruk kena kutuk ngan aku je nanti.haha!

setelah selesai satu round,kami duduk di atas buaian.kami duduk sebelah menyebelah.tanpa sedar aku melentokkan kepala di bahu Faris.berani betul aku kan?kami berbual mesra sampai bertepuk tampar.

aku terasa ada suatu perasaan aneh yang menyusup di dalam hatiku.ada rasa bahagia.entah mengapa.cepat betul kami mesra.sedangkan kami bukannya saling mengenali hati budi antara satu sama lain sebelum ini.setakat satu kelas waktu sekolah rendah apalah sangat.

aku tetap tak kenal dia.dia tetap orang asing dalam hidup aku.dulu,waktu sekolah rendah,rajin betul dia mengacau aku.dia curi pencil case aku la,dia pijak kasut aku la dan macam-macam lagi.

lagi best,waktu aku pakai sanggul tinggi,dia pegang-pegang dan tarik-tarik sanggul aku.lepas tu,taubat!aku tak pakai sanggul tinggi lagi.

dulu.orang sibuk kata aku tengah couple dengan sorang budak laki ni.nama dirahsiakan.nak kata handsome,boleh la.muka dia sweet je.manja.suka buat suara kartun.sikap keanak-anakkan dia.okey fine!secara logiknya,aku minat jugak dengan dia.sikit je!!

lamunanku terhenti apabila Faris mengajakku masuk ke dalam rumah.aku hanya mengekorinya.kami masuk ke bilik.aku melepaskan tudung dari kepala lalu menyidainya di tombol pintu bilik.aku berbaring dia atas katil.penat semalam masih belum hilang.Faris juga baring di sebelahku.dia mengiring menghadap wajahku.

kami  berbual sehingga aku mula menguap.herm.qailullah best ni.

''awak.saya nak tidur kejap okey?zohor nanti kejut tau!''ujarku sambil cuba melelapkan mata.aku tertidur jua akhirnya.

aku tersedar bila ada orang yang memegang bahuku.aku membuka mata.

''sayang.solat cepat,''ujar faris sambil mencuit bahuku.aku menggosok mata.wajah faris nampak berbalam-balam aje.tangan meraba meja di tepi katil mencari cermin mata.dah jumpa aku letakkan atas betang hidung.aih.asal tak nampak jugak ni?aku buka balik spect tu.aku tengok.lah!ni faris punya.mane aku punye ni?

''sayang.kenapa tak bangun lagi ni?dah pukul berapa dah ni?cepat solat!" suara faris memecah gegendang telinga.

''yela yelah.saya nak bangun la ni.mana spect saya?''jawabku.faris menghulurkan spect aku.lah.patutlah cari tak jumpa.dia letak kat sebelah meja sebelah sana.aku sarungkan spect itu ke mata..haaa.baru jelas dunia.aku bangun dari katil lalu menggeliat.haiyoh!ngantuk nya!aku menuju ke arah bilik air.ambil wudu' untuk solat.aku lihat faris keluar dari bilik.

usai solat,aku duduk di birai katil.aku mencapai senaskhah al-quran dan membacanya dengan suara perlahan.cukup untuk telinga aku dengar sendiri.aku leka membaca hingga tak sedar faris masuk ke dalam bilik dan duduk di sebelahku.aku mnghabiskan bacaan.

selesai membaca,aku baru sedar faris sudah bersandar kepala di kepala katil.aku meletakkan al quran di atas meja sisi katil.aku bersandar di bahunya.

Saturday, April 14, 2012

tersingkap hikmah segala peristiwa~prolog

sedar tak sedar,dah nak habis tahun 2011.minggu ni minggu terakhir persekolahan.dan,minggu lepas baru aku dapat tahu yang aku akan berpindah ke melaka pada tahun depan.ya allah!tabahkan lah hatiku.memang betul-betul aku menangis bila dapat tahu berita tu.memang betul apa orang cakap,bila ukhuwah itu dibina atas nama allah,memang susah untuk berpisah.

ya Allah!Kau eratkanlah persahabatan kami agar ia tidak terhenti disini sahaja.
ya Allah,Kau eratkanlah kasih sayang antara kami agar ia tidak terkubur disini sahaja.
ya Allah,Kau berkatilah perhubungan ini.
ya Allah,Kau rahmatilah persahabatan yang terbina kerana mu ini ya Allah.

ya Allah,jika ini takdir yang terbaik untukku,aku terima dengan hati yang terbuka.aku redha kerana Engkaulah yang Maha Mengetahui.
jika ini suratan yang ditentukan buatku,Kau bukakanlah hatiku untuk menerima sahabat baru di sekolah baruku kelak.

aku tak dapat nak membendung kesedihan di lubuk hati ini.hanya allah yang tahu tahap kesedihan yang aku alami sekarang.sedih sangat!hanya wajah menunjukkan kegembiraan.tapi,tidak di hati.

kita orang dah mula merancang pasal jamuan akhir tahun.aku dah minta ayah untuk support majlis ni.sebab,aku yang nak pindah kan?so,aku suruh ayah minta tolong dekat pakcik tukang masak madrasah untuk sediakan makanan.

bila sampai hari jamuan,aku harap sangat agar hari ni berjalan dengan sangat perlahan sebab aku tak sanggup nak menghadapi   pengakhiran hari ni.aku masih tak dapat menerima kenyataan yang aku akan pindah sekolah.

hidangan hari ini,cheese kek,nasi jagung,ayam masak merah dan banyak lagi!makanan sampai pukul 9.00 pagi.bila makanan sampai,aku panggil semua cikgu-cikgu yang banyak berjasa mengajar aku.aku naik turun tangga,lari sana sini kejar cikgu.smapai sakit perut penat sangat.mana tak penat,aku naik turun tangga tingkat 1 sampai tingkat 4 dekat nak 10 kali.nampak cikgu,terus kejar.

sementara aku mencari cikgu,budak-budak 5maju1 menyusun meja,makanan dan semua benda yang perlu disusun.bila aku sampai kelas,semua benda dah siap!perfect!aku masuk je,cikgu suruh sophan buat ucapan alu-aluan.aku tengok sekeliling,cume ada cikgu shaharudin dan ustazah asnidar.aku hanya mendengar.hati sangat sebak!lepas sophan siap bagi ucapan,ustazah suruh aku pulak buat ucapan.heh!malu!aku tersengih kerang aje kat depan dia orang.aku pandang izzah,dia pun sengih juga.bila ak pandang asilah yang dah macam photographer tu,dia sengih.tapi tak lama.

''dia kata,terima kasih dekat cikgu-cikgu yang mengajar dia selama ni.dan minta maaf atas segala salah silap.''
dia pandang aku sambil tersengih.isyarat mata aku mengatakan ''terima kasih asilah!aku sayang kau!kau lah sahabat aku dunia akhirat!''

acara diteruskan dengan aktiviti makan-makan.aku makan sebelah izzah  dan ustazah asnidar.cikgu shaharudin duduk dengan budak-budak lain.makan sambil berbual.siap makan,lidah aku terasa agak berapi.pedas gila ayam masak merah dia!fuhh!dah lah air yang ada semua air gas.mata aku berair!

cikgu shaharudin pun dah siap makan.dia ajak aku bergambar.okey.kami pun bergambar.
bila semua orang dah siap makan,kita orang mula mengemas.aku pula,sesi memberi cupcake gambar angry bird kat cikgu-cikgu.aku bertambah penat dan bertambah sakit kepala.pejam celik,pejam celik,dah sampai waktu balik.ya allah!cepatnya masa berlalu!tak sanggup nak lalui waktu ni.

kita orang sampai dewan,guru besar sedang berucap.okey,kami lewat sikit sebab kemas kelas.kita orang dengar sikit aje ucapan dia.

sebelum balik,semua orang kena bersalam dengan cikgu-cikgu.aku dapat pelukan erat dari cikgu-cikgu perempuan.okey fine!masa ni aku tak dapat tahan air mata!sedih sangat.cikgu bagi kata-kata semangat dan motivasi untuk aku.cikgu!saya janji tak akan lupakan segala kenangan kita di sini.

aku lap air mata.hidup mesti diteruskan.tak boleh sedih sangat sekarang!


_______________________________________
lamunanku terhenti apabila terdengar bunyi pintu dibuka.oh,laki aku rupanya.haih.pantas betul waktu berlari.aku kini sudah bergelar seorang isteri. minggu lepas baru habis spm.dia datang meminang aku seminggu sebelum spm.sepanjang waktu peperiksaan tu la kami berutunag.

err.sebenarnya,aku jadi bini dia pun paksa rela je.aku masih tak dapat terima semua ni.aku rasa belum sedia nak pikul tanggungjawab sebagai isteri.aku muda lagi kut!

suami aku duduk sebelah aku.redup pandangannya memandang tepat ke arah anak mataku.aku tunduk memandang lantai.

dia memegang tanganku.aku mengangkat kepala seraya menarik nafas panjang.
''awak.saya mintak maaf sangat-sangat.saya rasa saya belum bersedia.orang rasa semua ni berlalu dengan cepat sangat.so,tolong bagi saya masa untuk terima semua ni okay?"ujarku senafas.

dia tersenyum.dia mengusap tanganku lalu mengucupnya.
''takpa sayang.abang faham,''ujarnya.dia bangun dari duduk seraya mencium dahiku.dia menuju ke arah almari.aku lihat dia ambil selimut lalu menuju ke pinu bilik sebelum membukanya.

''err,awak,awak tidur mana malam ni?"soalku panik.
''luar la,''jawabnya selamba.gila kau.ni malam pertama la sengal,takkan la kau nak tidur luar.ape pulak saudara mara aku cakap nanti.wahai encik faris danial sayang.jangan la buat perangai sekarang.
''awak,tidur sini la.nanti apa saudara mara cakap pulak.malam pertama tidur luar,''cadangku.
dia tersengih.''okey,''katanya.


terkebil-kebil mataku melihat dia yang membaringkan tubuh di sebelahku.aku tengok sekeliling.haa.aku dah jumpa.
''err.awak.orang tidur kat sofa la,''ujarku sambil bangun menuju ke sofa.
''eh,tidur je la kat sini.abang janji tak kacau,''bantahnya sambil mengangkat tangan kanan tanda janji la kononnya tu.
''ok.janji ea?"soalku minta kepastiannya.dia menganggukkan kepalanya beberapa kali.

aku letak bantal peluk di antara kami berdua.aku baca surah tiga qul,ayat kursi dan surah al-fatihah.akhir sekali aku baca doa tidur.

aku membetulkan letak kepala di atas bantal.aku cuba memejamkan mata.aku rasa ada sesuatu yang tak kena.

aku pandang jiran sekatil aku ni.dia tengah tenung aku rupanya.patut aku rasa lain macam aje.aku terus palingkan wajahku.malu la tu kononnya tu.

''eh.dia malu la,''aku dengar suaranya menuturkan ayat itu.aku rasa tangannya menjalar ke bahagian pinggangku.
''tadi dah janji tak kacau kan?''soalku.
''ohh.ni kira kacau ke?tak la,''dia menafikan.akhirnya aku terlelap juga dalam dakapannya akibat terlalu mengantuk.mana taknya,dari pagi aku berjalan kesana kemari melayan tetamu,buat persiapan terakhir.

Friday, October 28, 2011

cerita sir hilary pulak~

err....mase malam pertama blk dari camping sekolah(skkmj)hai tu,bkn sir king sorang yg kene kacau dgn bende tu...sir hil pon kene....sir hil rase ade benda himpit die wkt tu...die dh biase dgn situasi mcm ni...so,die x takut sgt..cume bezanye,mlm tu,die ade nmpk mcm sarang labah2,die nmpk bende bersilang2...die x tau same ade die nmpk dlm mimpi or realiti.disebabkan die dh selalu kene himpit time tido,so die akn letak tgn di kaki.klu rase di himpit,die akan picit ibu jari kaki...(sbb,klu dihimpit,die akan separuh sedar,so,boleh gerakkan tgn)

esoknye,dlm pukul 11 lebih kurang(malam),sir hil tgh meniarap sambil men lappy...tetiba,die rase ade angin lalu di tapak kaki die...sejukk...disebabkan takut terdengar bende lain,(besela..org auditori)die terus buat bising...(merungut dgn sore kuat)smpi la sir king keluar dri bilik..then tanye die kenape...pastu sir hil terus masuk bilik,terus tido....ke esokannya baru die cite kt sir king ape yg jadik kt die....

tamat~

pontianak tanpa muke(sir kingfier punye cerite)

Cerita nie bermula selesai sahaja tamatnya Perkemahan Unit Beruniform di suatu tempat dekat Gelang Patah, Johor (Xleh bg taww...Nnti dier Xkasi SKKMJ datang melawat lg...) Sir balik ke rumah sir kat Kangkar Pulai pada pukul 3.40 petang dihantar oleh Sir Jaafar. Pada awalnya xder ape-ape berlaku kat sir. Semuanya berjalan lancar…Sehinggalaaa…

....Jam menunjukkan tepat jam 1.00 pagi…Sir semakin gelisah…mane xnye…Esok Pensyarah akan datang buat Observation (Penilaian)…Sir risau sebab Sir lom berbincang ngan kelas 4Maju1 camne nak buat aktiviti yang menarik…Tapi sir Xrisau sangat sebab kelas 4Maju1 boleh diharapkan…semuanya Sportingg..mane xnye..dpt Jajan!...hahha…Ok…Kembali ke topik asal…

Sir dah mule risau..sebab…Dah nak pagi nie…Jam 1.38 a.m lagi kott…Tapi sir Xngantuk lg nie…Sir sempat tengok Sir Hilary dah nyenyak dibuai Mimpi…Sir kongsi bilik ngan Sir Hil…Malam tue dier tido awal dlm jam11.30 kot mungkin sebab penat…Mane xpenatnya…Turun dari Bas…Terpaksa angkat barang2x…Murid lak berebut-rebut balik..dijemput oleh Ibu Bapa masing-masing…Cian Sir, sir Hil & Sir Jaafar tauu!!!...

Sir amik keputusan utk tido jerr…(Pakse diri)…Malam tu hujan…Rase seram sejukk jerr…Sir tutup lampu…Sir sempat tengok Sir Hil. Emm…Xgerak sikit pon….Xpela…

Sir pusing kiri, pusing kanan…Ayooo…ssh nk tido laa…camne nie???...Sir pejam mate rapat-rapat…rasanye baru sekejap jer sir terlena..Tiba2x sir rasa macam ader sesuatu sedang perhatikan sir..tapi sir xpasti kat mane…Melalui ekor mata sir (Hujung mata) sir dapat tangkap kelibat lembaga terbang melayang kat penjuru bilik…Laju kot…Mase tue sir tido mengiring soo senang laa nak Nampak…

Benda tu berwarna putih lajuu jerr melayang…pastu sir xnampak dah benda tu melayang katne...

...Sir baru jerr nak toleh belakang...tiba2x benda tu dah melayang kat balakang sir!!!...Siap Menempel kat belakang sir lagi tuu...Satu perkara yang betul-betul membuatkan bulu tengkuk leher sir meremang ialah benda tuu sangatttttttt sejukkk!!!...Rase cam ader orang selimutkan Sir ngan tuala atau selimut basah...Sejukkk!!!...

Yang tuu xcukup seramm...Sir betul2x rase seram bila benda tu dah mule letakkan tangan dier menyilang kat badan sir...Sejukk...Seterusnye awk nak tau dier wat pe kat sir??...Emm...Dier letak muka dier kat leher sir...Emm..kalau siap letak2x kepala kat leher nie awk mesti tau kan ape spesis benda nie kn3x??...

Macam2x sir fikirkan kat Otak sir mase tuu...Camne nak halang benda tu dari menghisap darah atau buat ape2x kat leher sir...Sir nak gerakkan badan tapi xleh..badan sir kerass...Sir nak jerr toleh kat belakang tapi xleh...Badan cam kena tindih/tindan ngan benda beratt...

...Mase benda tue letak kepala dier kat lehar sir...Sir hairan...Kepala benda tu xder muka....Licin jerr...Xder hidung..xder Mulut...xder gigi TARINGG...tapi sir dapat rase rambut dier yang panjang menguraiiii...Geli kott...

Otak sir ligat berfikir camne nak lepaskan diri daripada benda tu...Badan xleh nak gerak...Tiba-tiba sir teringat kata-kata ibu sir...Dier kata kalau kita alami situasi macam nie (Badan macam kena tindih) cuba gerakkan ibu jari kaki...& badan awak akan jadi ringan dan bebas....Soo Sir cube laa (Sebenarnya sir dah pernah cuba pun sebelum nie sbb masa kat sekolah menangah sir selalu gak kena situasi yang lebih kurang cume xberapa nk seram laa)...

Sir cube gerakkan ibu jari kaki...mula-mula xder perubahan...badan masih keras...kepala benda masih gak kat leher sir...Sir rase panikk...Tak gerak-gerak pon...kali keDua dan keTiga..Sir dah dapat rasa ringan sikit...Sir cepat-cepat toleh ke belakang untuk tengok dan pastikan benda apa yang kat belakang sir tadi...Awak taw ape yang sir nampakkk???...

Xder...Xder ape2x pon...Gelap jerr...Tapi melalui cahaya Bulan sir masih dapat tengok keadaan sekeliling bilik...Sir Hilary masih tido...(Mustahil Sir Hil yang usik sir kot)..Sebab sir Hil memang Xsuke usik orang. So sir sambung tido balik...ZzZzZZ...

Jadi siapa yang usik sir tadiii???....

Emm…KeEsokkan harinya, sir cube fikir balik ape yang sir dah buat…rasanya xder…Mulut sir xcabul masa kat Camping hari tu…Tiba2 Sir teringat satu peristiwa diMana…mase sir bertugas jaga malam…(Mase tue korang semua nga nyenyak tido laaa….)..Sir mengawal sekeliling khemah awak…Yela mana taw ader Ular kee…Lipan kerr yang masuk khemah awk kan?…Sir tengok macam2x fesyen awak tido…HAHhah…Ok sambung balik…

Emm…Sir hanya sempat tido 1 jam jeww…Sir mule bertugas pada pukul 2.00 pagi sampai jam 5.00 pagi jerr…Tapi memandangkan xder Orang yang nak tengok-tengokan awak selepas sembahyang subuh so sir amik keputusan jaga awak sampai pagi laa…Sampai awak buat aktiviti Air ingat tak??..

….Ok sambung balik…Mase sir jage korang sekitar pukul 3.00 pagi, sir rase Hidung sir berdarahhh…Banyakk kot…Sir lupe yang tandas depan dewan tu bukak…So Sir pergi laa tandas kat belakang dewan..yg dekat hujung tuuu…Keadaan gelap jerr…Tapi sir tak laa rase ape-ape…sebab sir cume fikir nak bersihkan darah tu…Mula2x tue darah banyak sangat…pastu tukar jadik darah berketul-ketul…Pastu sir bersihkan dan sambung berkawal sampai awk semua bangun untuk Sembahyang Subuh…

…Kali kedua sir Berdarah Hidung mase korang semua dah bangun…sekitar jam 5.00 pagi awk semua bangun untuk sembahyang subuh…Sir pg tandas kat depan dan Nampak beberapa kawan awk dekat tandas…Kalau tak silap sir ader Aqil Ramlan yang lain sir Tak berapa ingat sangat…tapi dier nmpk laa hidung sir berdarah…

Sir rasa tu laa SEBAB utama sir kena ngan “Benda” tue…rasanya dier Ikot sir sampai Kangkar Pulai sebab dah terhidu DARAHhhh...Kan tempat Camping tue “KERAS” kan…Sir teringat kata2x Ibu sir..kalau awak terluka kat mane2x pastikan awak brsihkan dahulu darah tu…dan jangan tinggalkan jer…Emm…Tapi masalahnya Sir dah bersihkan kot kesemuanyaaa sekali…(Tapi mungkin darah yg berketul-ketulll tu tertinggal kat saluran sinki kottt………

Opsss….Lupe lak nak bagi taw awak…KeEsokkan harinya selepas sir kena ngan “Benda” tu…Sir Hilary plak kena usik…Mase dier nga study kat ruang tamu…(Sir plak kat Bilik)…Tiba sir terkejut…sebab Sir Hilary tiba-tiba masuk bilik dalam keadaan gelisah…Sir tengok dier bercakap sendiri…muka dier pucat…Dier tak kate ape-ape ponn kat sir…dier tros tidooo…

KeEsokkan harinya Sir Hilary ceritakan kat Sir kenapa dier cakap sendiri semalam…Dier kata mase dier ngan study, tiba-tiba tapak kaki dier kena cucuk…dier hairan benda apa yang cucuk sebab benda tu Sejukkkk sangat..cam aisss…Mane Sir Hilary Tak terkejuttt….Sejokkkkk kott….

….Jadi persoalannya…siapa yang usik Sir & Sir Hilary???....

Wednesday, October 26, 2011

cinta


Cuba kau selami erti cinta
Indah bila hadirnya mengulit jiwa
Nadi yang berdenyut terasa kehangatannya
Tak terhenti walau sedetik cuma
AnugerahNya yang nian bermakna

Cinta itu amat tulus nan suci
Impian fitrah pada tiap nurani
Nafsu nafsi bukan matlamat dicari
Tetapi hanya redha Rabbul Izzati
Allah Yang Maha Mengasihani

Ceritalah kepada mereka
Impian cinta adalah bahagia
Namun bukan sekadar mainan bicara
Tapi harapan yang lahir dari lubuk jiwa
Amanah dalam melayari bahtera


Cinta yang kukuh terpateri
Ibarat lagu dan melodi
Natijahnya tercipta bahagia yang diimpi
Teguh istana kasih sejati
Azimat menuju syurgaNya yang abadi

Sunday, October 16, 2011

pesan ummi pada ayahmu~

Ahmad putraku

Ummi tak tahu kenapa pagi ini kau berkeras
Pergi ke pasar untuk belanja dapur kita
Dimana biasanya Ummi yang melakukannya
katamu,"Biar Ummi di rumah,
Ummi mengaji saja di kamar
Biar Ahmad yang pergi ke pasar
Sekali ini saja."

Kau sangat berkeras
Ahmad putraku
Ummi tak ada prasangka padamu
Lelaki kecilku yang dibanggakan ayahmu juga aku
Lalu kau pun pergi membawa keping logam tersisa
Untuk ditukar dengan apa saja sekedar hidup hari ini
Ummi lalu kembali larut dalam ayat Quran cinta kita
Kemudian mendadak suara langit menggelegar

Pesawat dari neraka datang lagi
Diikuti dentum keras terdengar
serasa dekat di telinga Ummi
Lalu tiba-tiba saja Ummi merasa khawatir denganmu
lalu bergegas keluar rumah
seperti para tetangga Ummi
Mencari tahu apa yang telah terjadi
semua berlari ke arah pasar tempat kau pergi
Ahmad putraku

Lalu ummi melihatmu terkapar di jalan
Diantara raga-raga tak bergerak lainnya
Kau sekarat disana. Tanganmu saja yang bergerak
Ahmad putraku
Ummi spontan membopongmu mencari pertolongan
Di mulutmu hanya ada suara
Suara yang sangat kita kenal
"Allah! Allah! Allah! Allah!"
Lirih Lemah

Tapi menembus kuat hingga langit tertinggi
Dan Allah ternyata memberi cinta di pagi ini padamu
Juga pada Ummi
lalu kubisikkan kata di telingamu,

"Putraku tersayang,
Sampaikan pesan Ummi pada Ayahmu di syurga
bahawa
ummi akan lanjutkan perjuangan kalian
Ummi akan teruskan perlawanan kalian
Selamat jalan Ahmad anakku tersayang
Selamat jalan syahidku cintaku

Ternyata Allah telah memanggilmu pagi ini
Biarkan Ummi menangis terakhir kalinya
mengantarmu pergi ke taman kehidupan sebenarnya
dimana Ayahmu menunggu di pintu gerbangNya
Tunggu Ummi ya nak, tunggu
Kita kelak akan bersama lagi seperti dulu …
Laailahailallah Muhammadarrosulullah
Innalillahi wa innailaihirojiuuuwn…"


DISANA MEREKA BERJIHAD MENENTANG MUSUH ALLAH, DAN KITA DISINI MASIH LEKA DENGAN DUNIAWI

rindu-rindu-rindu-rindu-rindu gilerr3!!!!

I miss you fillah , miss you so bad . :)
mmg rindu gilak ngan dak nie!!!

dh dkt 2 tahun x jumpe!!!








ngan lg sorang nie...dh dkt 3 tahun x jumpe!!!


rindu ngan korang sgt33333!!!!!love you all so much!!!!

Saturday, September 17, 2011

cinta itu~


Yang tiada akhirnya
Dan aku tahu,
Itu hanyalah di syurga.

Aku mula memandang dunia,
Dengan pandangan yang berlainan,
Ibarat formula-formula yang terapung,
Menanti untuk diselesaikan

Hari ini ujian ini,
Dan esok ujian itu,
Hingga aku sendiri menjadi mangli
Dan air mataku telah kering berhenti

Gembira, sedih
Suka, duka
Putaran ini wujud di dunia,
Kesedaran hidup di alam fana
Aku patut berhenti berfantasi
Mengimpikan bahagia selama-lama di atas muka bumi ini
Kerna bahagia tanpa wujud akhirnya
Hanya wujud di syurga sana

Sama ada aku memilih untuk berdiri
Atau aku tidak akan mendapatkannya nanti

maafkan ana~

maaf.. bkn niat ana utk menjauh apa lg mengelak..
itu bknlah diri ana.. maaf sekali lg..
tp, sudah terang lagi nyata hasrat yg terpendam ana lafazkan..
kenape msh nk menahan..??
ana sedang buta, bisu dan pekak..
ana sedang dalam pencarian..
ana bkn hanya nk stakat pada 'nama' n title...
maafkan ana..

ana nk ada org yg boleh memimpin ana yg sedang buta ini..
ana nk ada org yg bisikan kalimah Allah pada ana yg pekak ni..
ana nk ada org yg membasahi lidah ana dgn selawat dan zikir..
ana nk ada org yg blh berkongsi bersama ana wangian syurga yg mereka ada..

tp kenapa kita berbeza????
perlukah kita membezakan diri dgn mereka???
kenapa???????????????????!!!!!!!!!!!!!!='<
sedih sgt2 antum xphm matlamat kita bersama...
ana nk kita seperti keluarga..
yg sentiasa bersefahaman walau dlm masalah..

tp....... kenapa hati ana keras tatkala bersama antum???
kenapa?? smua tu dtg dr... xnk salahkan sesapa...
kita muhasabah diri masing2...
mungkin dgn 'talak' nie kita dapat fikirkan baik buruk msing2...
sepanjang tempoh 'eddah' nie...
kalo kita x jmpa jln sefahaman.., kita terpaksa jugak 'bercerai'..
maafkan ana....

tp..., ana hrp kalo kita berjumpa..
jgn campuri urusan peribadi kita..
walopun ana sedang bersama dgn daei lain..
jgn salahkan mereka..
ana dah cuba buat keputusan yg terbaik dlm diri ana..
itu pilihan ana..

JGN TUNDING PADA ORG LAIN!!!
mungkin kita masih lemah..
refill iman masing2... saling sama mengingati..
jgn kerana ana kerap beralas nk bersama antum dah nk kata mcm2..
awk bg mcm tu awk x sedar ke yg iman awk pun sedang naik turun jugak..
agak kasar yerr cara antum nk berdakwah..
Islam x ajar mcm tu..
dakwah dalam Islam penuh kesantunan dan kelembutan..
itu sebenarnya yg menolak hati ana utk bersama antum..
maafkan ana..

kalo lah antum buat pada org yg sedang meraba dalam mencari Islam..
yg sedang buta dgn agama yg BENAR ni..
tertarik kah org???!!! fikirkan...
mereka perlukan persefahaman..
mereka perlukan ketelitian...
ana bkn judge nk mengadili org..
tp kita harus saling berpesan pesanan..
bkn menyindiran...

kalo antum pun sesama teman kena sindir ckit dah tarik muka..
apa tah lg bab agama nie..
Ya Allah..nasib baik Allah msih nk selamatkan hati ana..
keputusan ana x dipengaruhi oleh sesapa dan ana x mempengaruhi sesapa..
HARAP FAHAM dgn STATEMENTS tuh....
maaf... ana x di didik dgn sindiran..
jd ana terlalu faham..
 maafkan ana...
renungan dan peringatan bersama..=;
wallahualam....

bunga seorang mujahid

Aku petik bunga yang indah ini
Agar ia hiaskan taman sanubariku
Wanginya semerbak dalam kamar hatiku
Cantiknya berseri dalam hari-hariku

Saat aku melamar kamu dulu
Senyum ayu kamu berikan
Bergetar jiwa aku tika itu
Membara rasa cinta ini

Aku ingat lagi tika itu
Setelah kamu halal aku miliki
Tangis syukur yang kamu hadiahkan
Sekali lagi kamu senyum kepadaku
Bergetarlah jiwa aku melihatnya
Bahagianya bukan kepalang

Oh bungaku
Kamu tersangatlah indah padaku
Sentiasa kembang mekar
Durimu tidak pernah melukakan aku
Harummu menyenangkan perjuanganku

Wahai bidadariku
Api cinta yang kamu nyalakan ini
Semarakkan lagi semangat dakwahku
Sabarnya kamu menemaniku
Di bawah sayap ini kamu setia menunggu
Pengorbananmu sayang, aku hargai

Kejelitaan isteriku tidak bisa digambarkan
Aku lindungkan ia disebalik purdah sutera
Dengan taburan warna merah jambu
Agar jelitanya itu menjadi santapanku seorang
Tidak mahu aku kongsikan itu
Kerana ia begitu istimewa padaku

Bunga sang mujahid ini
Dihinggap rama-rama iman sentiasa
Madu solehahnya jelas terasa
Embunnya mengalir seinfinitinya
Cintanya ia pada yang Maha Esa
Dengan taat padaku mujahidnya tercinta

Keikhlasan cinta kepada Allah
Kamu buktikan dengan mentaati aku
Sungguh bungaku yang indah
Kamu hadiah Allah yang istimewa
Hadirnya kamu bisa menyembuh duka
Dengan cinta itu sebagai ubatnya

Cintamu ya bidadariku
Bisa menikam musuh-musuh dihadapanku
Bisa luluh jiwa-jiwa mereka itu
Bisa membangkit nafsu jihad bergelora
Tenang aku memegang panji tiada resahnya
Barisan hadapan akan aku mara
Syahid bahagia pasti aku buru
Kerana adanya kamu menemaniku

Bunga sang mujahid ini
Akanku tunas ia sebaik-baiknya.

bahumu yang kurindu~


Kala aku sukar,
Kau sentiasa menyuakan bahumu,
Kau satu-satunya yang tidak akan menabahkanku dengan kata,
Kau adalah yang satu-satunya menguatkanku dengan tindakannya,
Sukar mencari sepertimu,
Kerna setakat ini kau seorang sahaja,

Berjauhan kita takdir Tuhan,
Aku berdiri di sini dan kau di sana mencari redha Ar-Rahman,
Aku tahu kau tidak sukar tanpaku,
Tetapi nyata aku kepayahan tanpa kewujudanmu,
Kerna kau satu-satunya bahu yang ada,
Saat tenagaku susut kontang kekuatannya.

Bila bersendiri,
Aku rindu saat kita bersua,
Saat kau mendengar luahan rasaku penuh perhatian,
Tika kau mengerutkan dahimu tanda berkongsi keperitan,
Masa kau mengetap bibirmu turut kegeraman,
Bila kau berkata “Enta nak ana bantu apa? Ana usahakan.”
Kadangkala hingga tertitis air mata ini,
Kerna manusia sepertimu tidak dapat kujumpa lagi

Hatta berjauhan,
Kau masih memberikan bahumu,
Di atas talian, kita berhubung, kau tetap berusaha menguatkanku,
Setiap saat kau usaha memberikan tenaga,
Setiap waktu kau cuba mengisi jiwa,

Nyata bahumu kurindu,
Untuk kuluah segala-gala,
Kerna kau sahaja,
Yang tidak aku segan melemahkan diri selain Dia.

jangan hingga kesemua pintu kamu ditutup~


da masa kadangkala kita ini melihat diri kita tidak punya harapan. Pelbagai jenis tidak punya harapan yang mungkin kita hadapi. Lain manusia, lain tidak punya harapannya.
Ada orang merasakan, dirinya tidak punya harapan untuk menjadi baik, soleh, bertaqwa dan sebagainya. Setiap kali dia berusaha ke arah kebaikan,dia mesti jatuh. Ataupun, dia menyedari bahawa dia perlu jadi baik adalah apabila dia telah tenggelam dalam lautan kemasiatan, dan kemaksiatan itu telah menjadi darah dagingnya.
Ada orang lain pula, merasakan bahawa dirinya tidak punya harapan untuk bahagia. Dalam hidupnya hanya ada kesusahan. Dari kecil tidak difahami. Asyik dibenci walau telah mencuba yang terbaik. Sering gagal walau telah berusaha. Dan dalam apa jua kerjanya, tindakannya, perjalanan hidupnya, pasti ada dugaan dan cubaan yang membawa derita mengekorinya.
Dan ada macam-macam jenis lagi ‘perasaan tidak punya harapan’ yang wujud pada manusia.
Dan perasaan-perasaan ini biasanya membawa kita kepada ‘penutupan kepercayaan kita kepada Allah SWT’. Kita rasa Allah tidak menyebelahi kita. Kita rasa Allah memang nak masukkan kita dalam neraka. Kita rasa Allah memang telah mentakdirkan kita dengan penderitaan. Kita rasa itu, dan kita rasa ini.
Tetapi guru saya, Dr Ala’ Hilat berpesan:
“Hendaklah kamu, jangan hingga kesemua pintu antara kamu dengan Allah SWT, kamu tutup.”

Kisah Imam Ahmad dan seorang pencuri 1
Dr Ala’ mengeluarkan ayat itu, selepas dia menceritakan kepada kami akan kisah Imam Ahmad ibn Hanbal Rahimahullah, dengan seorang lelaki yang sering mencuri.
Lelaki itu, kerjanya mencuri. Satu hari, Imam Ahmad menangkapnya mencuri di sebuah kedai. Pada hari yang lain, Imam Ahmad menangkapnya lagi di tempat yang lain. Dan pada satu hari yang lain, sekali lagi Imam Ahmad menangkapnya di tempat yang lain. Itu di kala Imam Ahmad terjumpa akan pencuri itu, dan bagaimana agaknya sikap pencuri itu di tempat yang tidak dijumpai Imam Ahmad?
Pastinya dia mencuri lebih banyak lagi, dan tidak pula berhenti dari perbuatannya itu walau telah ditangkap beberapa kali.
Namun pada suatu hari, Imam Ahmad melihat seorang lelaki yang khusyuk solat sebelum masuk waktu Subuh di hadapan Kubur Rasulullah SAW, dalam Masjid Nabawi. Bila diperhatikan dengan lebih teliti, barulah Imam Ahmad perasan bahawa lelaki yang sedang bersolat itu, adalah lelaki yang telah ditangkapinya beberapa kali.
Imam Ahmad agak terkilan dengan apa yang dilihatnya. Dia tahu lelaki itu masih mencuri. Tetapi kini lelaki itu dengan selambanya muncul di kubur Rasulullah SAW. Sedang tempat itu adalah tempat yang mulia.
Imam Ahmad segera mendapatkan lelaki itu selepas lelaki itu menyempurnakan solatnya. Lengan lelaki itu ditarik.
“Wahai Fulan, tidakkah engkau malu kepada Allah dan Rasulullah SAW? Engkau adalah seorang pencuri, dan kini engkau bersolat berdekatan kubur Rasul SAW? Apakah engkau tidak malu berada di tempat semulia ini?”
Lelaki itu menjawab: “Wahai Syeikh, janganlah kau memarahiku. Ya, aku memang pencuri. Dan selepas ini aku pasti akan keluar lagi mencuri. Tetapi wahai Syeikh, inilah dia pintu yang aku masih buka untuk Allah SWT. Aku telah menutup semua pintu yang lain Syeikh. Tetapi pintu ini, aku masih membukanya. Aku berharap, moga-moga nanti, dari pintu inilah aku keluar daripada kehidupanku yang sebegini.”
Imam Ahmad terdiam. Lantas, membiarkan lelaki tersebut.
Yang dimaksudkan oleh lelaki itu amat difahaminya. Lelaki itu tidak boleh tidak mencuri. Itu seakan-akan telah menjadi darah dagingnya. Lelaki itu telah berputus asa untuk berhenti mencuri. Dia telah berputus asa untuk menjadi seorang yang baik. Tetapi dia tetap membuka sebuah pintu, yakni amalannya itu, solat sebelum subuh di hadapan Kubur Rasulullah SAW. Dia kekal melaksanakan amalannya itu, walaupun dia telah berhenti melaksanakan perkara-perkara lain. Dia masih membuka sedikit ruang, untuk percaya bahawa dia masih punya harapan.
Kisah Imam Ahmad dan seorang pencuri 2
Selepas beberapa tahun berlalu, Imam Ahmad tidak lagi melihat lelaki itu. Juga tidak lagi menjumpainya mencuri. Dan apabila tiba satu musim Haji, Imam Ahmad pun berangkat ke Makkah.
Di Makkah, dia perasan akan seseorang yang sedang berada di bawah lembayung Kaabah. Meratap dan menangis hiba sehiba-hibanya. Wajah orang itu pucat, dan tubuhnya kurus. Namun wajah itu seakan punya nur. Mata lelaki itu kelihatan agak kehitaman tanda banyaknya tangisan.
Imam Ahmad tertarik dengan kesungguhan lelaki itu, lantas mendekatinya.
Alangkah terkejutnya, apabila dia rupanya mengenali lelaki itu.
“Wahai fulan, bukankah engkau pencuri yang meninggalkan satu pintu antara dia dan Allah terbuka?”
Lelaki itu memandang Imam Ahmad. “Ya, wahai Syeikh. Akulah orang itu. Dan daripada satu pintu yang belum aku tutup itu, Allah keluarkan aku, menjadi aku yang hari ini.”
Dan Imam Ahmad Ibn Hanbal hanya mampu memuji Allah SWT akan apa yang diperhatikannya.
Allah itu, Maha Besar.
Dr Ala’ selepas menceritakan kisah itu, berkata kepada kami:
“Allah itu Maha Besar. Dia tidak sekecil kita yang diciptaNya. Allah itu Maha Besar, hingga dosa-dosa yang kita lakukan ini Dia mampu berikan masa. Sebab Dia terlalu besar untuk rasa terhina dengan dosa-dosa kita. Dia tidak terus mengazab kita. Lihatlah kaum-kaum sebelum kita, Allah menghantar terlebih dahulu Rasul. Maka percayalah bahawa Allah itu tidak sesekali meninggalkan kita. Percayalah bahawa Allah itu tidak akan sesekali menzalimi kita. Yang sebenarnya berlaku adalah, kita yang tidak mampu mencapai hakikat kebesaran Allah SWT yang sedang berjalan ke atas kita.”
Dr Ala’ menyatakan bahawa, kita tidak pernah tahu apa yang Allah inginkan daripada kita. Bila Allah berikan kita ujian, kita tidak pernah tahu apakah yang Allah inginkan daripada kita dengan menurunkan ujian itu. Bila Allah berikan kita penderitaan, kita tidak pernah tahu apakah yang Allah inginkan daripada kita dengan penderitaan itu. Bila Allah berikan kita kesukaran, halangan, cabaran, kesakitan, kita tidak pernah tahu apakah yang Allah inginkan daripada kita dengan semua itu.
Tetapi kita sepatutnya tahu bahawa, Allah itu tidak menginginkan sesuatu, melainkan hanya kebaikan untuk hamba-hambaNya.
“Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menganiaya (seseorang) sekalipun seberat zarah (debu).” Surah An-Nisa’ ayat 40.
“Itulah ayat-ayat keterangan Allah, kami bacakan dia kepadamu (wahai Muhammad) dengan benar. Dan (ingatlah), Allah tidak berkehendak melakukan kezaliman kepada sekalian makhlukNya.” Surah Ali-Imran ayat 108.
Daripada Abu Zar al-Ghifaari r.a, daripada Rasulullah s.a.w berdasarkan apa yang diriwayatkannya daripada Tuhannya yang Maha Mulia lagi Maha Tinggi bahawasanya Dia(Allah) berfirman :“Wahai hamba-hamba-Ku! Sesungguhnya Aku mengharamkan ke atas diri-Ku kezaliman dan Aku menjadikan ia dikalangan kamu sebagai perkara yang diharamkan, maka janganlah kamu saling zalim menzalimi di antara satu sama lain…” Hadith riwayat Muslim.(terdapat juga di dalam Hadith 40 An-Nawawi).
Allah tidak akan menzalimi hamba-hambaNya. Mustahil.
Tinggal kita melihat Allah sebagai zalim, sebagai tidak memerhatikan, sebagai meninggalkan kita, kerana kita adalah ‘manusia’. Makhluk. Tidak mampu mencapai dan memahami ‘Maha Besar’ Allah itu.
Penutup: Kekalkanlah kepercayaan, walaupun sedikit. Yakinlah.
Maka akhirnya Dr Ala’ berpesan:
“Hendaklah kamu, jangan hingga kesemua pintu antara kamu dengan Allah SWT, kamu tutup.”
Percayalah. Walaupun seperti menelan pasir peritnya. Bersabarlah. Walaupun seperti sedang berada di atas bara api penderitaannya. Dan walau apa pun yang terjadi, walaupun kita sudah terjatuh dalam gaung yang terdalam sekali dalam berputus asa kepada Allah SWT, dalam bermaksiat kepada Allah SWT, kekalkanlah walau secebis kepercayaan yang kita mampu.
Moga-moga daripada pintu kita yang masih kita buka itulah, Allah akan keluarkan kita daripada segala penderitaan, daripada segala masalah, daripada segala mehnah dan tribulasi, daripada kesedihan, daripada maksiat, daripada kejatuhan, daripada keingkaran yang kita lakukan dan hadapi.
Sebab Allah itu Maha Besar.
Dan mustahil dengan kebesaranNya itu, Dia meninggalkan kita atau menzalimi kita.
“…Allah tidak sekali-kali akan memungkiri janji-janjiNya.” Surah Az-Zumar ayat 20.

motivasi: kadangkala kepayahan itu datangnya dari kekuatan...

Adakah kita bersabar mengharungi halangan dan cabaran yang Allah berikan kepada kita? Apakah kita kekal percaya kepadaNya? ~ picture by karamnatour of Deviant Art.
Orang mudah mengeluh bila ditimpakan ujian dan cabaran ke atas dirinya. Orang senang merungut bila ditimpakan halangan di atas perjalanannya, ditaburkan duri di atas perjuangannya. Payah. Susah. Itu semua melemahkan dirinya.
Jangan kata orang, saya sendiri juga biasa merasakan kelemahan-kelemahan itu apabila diletakkan dugaan dan ujian di dalam perjalanan kehidupan saya. Kadangkala hingga pernah diri ini berkata kepada Allah SWT, “Ya Rabb, apakah Engkau tidak lagi melihat hambaMu ini? Bukankah semua ini di luar kemampuanku?”
Tetapi kadangkala keimanan itulah yang membangkitkan semula pemerhatian adil kepada Allah SWT. Allah mustahil meninggalkan hamba-hambaNya, melainkan hamba-hambaNyalah yang meninggalkan dia. Jadi pokok pangkalnya, kita perlu bertenang dan melihat semula.
Apakah yang sebenarnya Allah mahu berikan kepada kita dalam kepayahan itu?
Pasti ada hikmahnya.

Bukanlah kita yang layak hendak menyelongkarnya. Tetapi…
Kalau membicarakan ilmu Allah SWT, memang kita tak akan mampu menyelongkarnya secara sempurna. Tiadalah ilmu kita melainkan sedikit sahaja. Itupun, Allah jugalah yang memberikan yang sedikit itu.
Tetapi dengan sedikit ilmu pemberian Allah SWT itu, kita cuba juga melihat hikmah-hikmah yang mampu kita lihat.
Dengan ilmu itulah, kita menilai.
Contoh yang akan diambil: Tarbiyah Allah SWT kepada mereka.
Siapakah mereka?
Mereka adalah para anbiya’. Kita ambil contoh daripada mereka, untuk menunjukkan bahawa, segala cubaan dan dugaan yang Allah turunkan kepada kita ini sebenarnya adalah untuk kebaikan kita. Tinggal, kita sahajalah yang perlu memerhatikannya dengan teliti, dan belajar untuk memupuk sangka baik kepada Allah SWT dalam diri kita.
Mari, perhatikan, bagaimanakah kepayahan dan ujian itu membina peribadi mereka.
Contoh 1: Musa AS
Kita melihat kepada Nabi Allah Musa. Antara tarbiyah menarik yang berjalan ke atasnya adalah perjalanannya dengan seorang lelaki soleh(dunia mengenali lelaki ini sebagai Khidr).
Baginda berhadapan dengan kesukaran memahami tindakan lelaki tersebut, sehingga tercabar kesabarannya. Jika kita perhatikan, sebelum baginda Musa AS menjadi Nabi, baginda digambarkan oleh Allah SWT sebagai seorang yang kasar, kurang sabar, dan cepat terjun kepada keputusan.
“Dan masuklah ia ke bandar (Mesir) dalam masa penduduknya tidak menyedarinya, lalu didapatinya di situ dua orang lelaki sedang berkelahi, – seorang dari golongannya sendiri dan yang seorang lagi dari pihak musuhnya. Maka orang yang dari golongannya meminta tolong kepadanya melawan orang yang dari pihak musuhnya; Musa pun menumbuknya lalu menyebabkan orang itu mati. (pada saat itu) Musa berkata: Ini adalah dari kerja Syaitan, sesungguhnya Syaitan itu musuh yang menyesatkan, yang nyata (angkaranya) .” Surah Al-Qasas ayat 15.
Tanpa usul periksa bukan? Terus-terus sahaja ditumbuknya lelaki itu, dan lelaki itu ditakdirkan Allah mati hanya dengan satu tumbukan.
Maka apabila bersama Khidr, kesabaran Musa yang tipis itu diuji. Khidr melakukan tiga perkara yang ketiga-tiganya membuatkan Musa tidak sabar untuk melemparkan soalan bagi menyatakan tidak bersetujunya dia akan perbuatan-perbuatan itu. Hinggakan Khidr akhirnya terpaksa meninggalkan Musa, kerana perjanjian mereka adalah, Musa tidak akan bertanya apa-apa berkenaan tindakan Khidr. Kisah ini tercatat kemas dalam Surah Al-Kahfi.
Di sini, kesabaran Musa terdidik. Bahkan, kesabaran itu tertingkat diasimilasikan dengan peningkatan keimanan. Yakni, walaupun sesuatu perkara itu nampak seperti tidak logik, atau tidak menguntungkan kita, Allah SWT lebih tahu akan kebaikannya bila perkara itu berlaku. Dan mustahil apabila kita mentaati Allah, Allah akan memberikan keburukan kepada kita.
Peningkatan Musa AS ini terbukti, apabila Allah SWT mengarahkan baginda keluar pada waktu malam, membawa Bani Israel melarikan diri daripada Firaun, tetapi akhirnya baginda dilorongkan ke jalan mati – yakni jalannya membawa ke hadapan laut merah.
Bani Israel ketika itu panik. Ada yang mencadangkan untuk menyerah sahaja kepada Firaun. Tetapi Nabi Musa ketika itu, yang telah terdidik dan tertingkat, apakah yang diucapkan pada saat penuh kecemasan ketika itu?
“Setelah kedua-dua kumpulan itu nampak satu sama lain, berkatalah orang-orang Nabi Musa: Sesungguhnya kita akan dapat ditawan.  Nabi Musa menjawab: Sesekali tidak! Jangan fikir (akan berlaku yang demikian)! Sesungguhnya aku sentiasa disertai oleh Tuhanku (dengan pemeliharaan dan pertolonganNya), Ia akan menunjuk jalan kepadaku.”Surah Asy-Syu’araa’ ayat 61-62.
Lihat. Jawapan dia yang pertama sekali adalah “Kalla.” Yang membawa maksud: “Sesekali tidak akan berlaku sedemikian!” Nabi Musa itu telah tertingkat. Hingga bila di hadapannya kesukaran, bahkan kesukaran itu nampak sungguh macam tiada jalan keluar(Laut di hadapan, Tentera Firaun di belakang), tetapi dia yang telah memahami bahawa dalam setiap masalah itu, Allah hanya akan memberikan kebaikan, kekal percaya bahawa Allah akan membantunya. Apakah hasil kepercayaan ini?
“Lalu Kami wahyukan kepada Nabi Musa: “Pukulah laut itu dengan tongkatmu”. (Setelah dipukul) maka terbelahlah laut itu (kepada beberapa bahagian), lalu menjadilah air tiap-tiap bahagian yang terbelah itu terangkat seperti gunung yang besar. Dan Kami dekatkan golongan yang lain itu ke situ. Dan Kami selamatkan Nabi Musa serta orang-orang yang bersama dengannya, semuanya.” Surah Asy-Syu’araa’ ayat 63-65.
Dan Musa terselamat. Kepayahan yang dilalui sebelum itu, memberikan Musa kekuatan pada hari dia tersekat antara laut dan tentera Firaun. Dan kepayahan tika dia tersekat antara laut dan tentera Firaun, memberikannya pula kekuatan untuk mengharungi perjuangan-perjuangan selepas itu. Tidakkah kita melihat?
Contoh 2: Yusuf AS.
Kita pergi melihat kepada Yusuf AS pula. Baginda adalah antara manusia yang teruji semenjak kecil. Dari kecil dibenci oleh saudara-saudaranya hingga dicampak ke dalam telaga. Allah selamatkan dia dari telaga tersebut. Sedangkan, saat dia berada di dalam telaga, apakah terfikir akannya akan kewujudan bantuan? Nyata bila dia bersabar dan melalui ujian itu dengan tabah, bila dia diselamatkan nyata akan wujud pertambahan kekuatan dalam jiwanya bukan?
Allah tidak meninggalkannya. Nyata dibiar ke dalam telaga itu adalah baik buat seorang Yusuf AS.
Kemudian, apabila dikutip, dan dibesarkan oleh tokoh kebesaran, pemerintah Mesir, dia diuji pula dengan perempuan kepada tokoh itu. Dia digoda. Tetapi lihatlah Yusuf, apakah dia merebahkan dirinya dalam godaan itu? Sesekali tidak. Dia melawannya dengan bersungguh-sungguh. Walau dalam bilik terkunci, dia berlari juga ke muka pintu.
Akhirnya Allah selamatkan dia sekali lagi. Namun perempuan tokoh itu tidak berhenti begitu sahaja, dia cuba pula membawa Yusuf kepada teman-temannya, dan setelah menunjukkan betapa kacaknya Yusuf dan menyalahkan Yusuf atas kekacakan itu, perempuan tokoh itu menawarkan Yusuf sekali lagi dirinya, atau kali ini Yusuf akan dipenjara.
Kali ini, sebagaimana kekuatan yang tertingkat yang diterimanya dari peristiwa telaga, dan peristiwa diselamatkan dalam bilik terkunci, Yusuf dengan yakin memilih penjara.
Namun, segala peningkatan itu, tidak bermakna menjadikan Yusuf sempurna. Di dalam penjara, dia menta’wil mimpi dua rakan penjaranya. Tetapi akhirnya, apabila dua rakan penjaranya dilepaskan, dia tersilap meletakkan tawakkal. Dia yang awalnya memilih penjara sebagai rumah perlindungan hubungannya terhadap Allah SWT, meminta manusia pula untuk mengeluarkannya.
Akhirnya Allah didik Yusuf dengan membuatkan rakan yang dipesannya itu terlupa.
Hinggalah Allah lepaskan Yusuf, dalam peristiwa Tokoh Mesir itu memerlukan seseorang yang boleh menta’wil mimpi. Ketika inilah Yusuf keluar dengan menjadi seseorang yang sekali lagi tertingkat. Kepayahan hidup dalam penjara, memberikannya kekuatan.
Hidup dalam penjara itu nyata baik bagi seorang Yusuf. Mengajarnya banyak lagi perkara. Seakan-akan penyempurna kepada pembinaan seorang Yusuf AS. Lihatlah selepas itu, apakah yang Allah jadikan buat seorang Yusuf AS? Bukankah seorang pemerintah Mesir yang berjaya membawa negaranya selamat mengharungi 7 tahun yang gersang? Bukan mudah bukan? Tetapi Yusuf itu akhirnya berjaya dalam kehidupannya itu, kerana dia telah dibina dengan pelbagai ujian. Maka 7 tahun gersang itu berjaya dihadapinya dengan kegemilangan.
Bukan setakat itu sahaja, 7 tahun yang gersang itu, keperitan itu, juga baik untuk Yusuf, apabila kegersangan itu membuatkan 11 saudaranya terpaksa mengetuk pintu Kerajaan Mesir bagi meminta bantuan makanan, sekaligus mengembalikan Yusuf ke pangkuan keluarganya.
Lihat, bukankah pada keperitan itu, sentiasa ada hikmahnya?
Contoh 3: Muhammad SAW
Kita lihat pula kepada Rasulullah SAW.
Kita amat mengetahui bagaimana baginda ini teruji. Pelbagai cabaran, pelbagai mehnah dan tribulasi. Tidak perlu kita terangkan panjang-panjang. Tetapi apa yang perlu kita lihat adalah bagaimana semua mehnah dan tribulasi itu, memberikan peningkatan terhadap seorang Rasulullah SAW.
Bagaimana Rasulullah SAW ini, meletakkan kepercayaan yang penuh kepada Allah SWT dalam setiap apa yang berlaku terhadap dirinya. Baginda dilontar batu di Taif hingga cedera, baginda kembali kepada Allah SWT dan percaya. Segala tarbiyah yang Allah berikan baginda di Makkah, dengan pelbagai mehnah dan tribulasi, baginda tetap percaya kepada Allah SWT, dan percaya. Baginda hingga terpaksa keluar daripada Makkah yang dicintainya, baginda tetap percaya kepada Allah SWT dan percaya.
Hinggalah Allah bayar semua itu, dengan membukakan pintu langit kepada baginda. Menunjukkan ‘kebenaran’ yang selama ini tersingkap daripada mata seorang manusia. Membasuh hati baginda sebersih-bersihnya, dan ‘membuka’ mata baginda seluas-luasnya.
Dan lihatlah, selepas itu bagaimana seorang Rasulullah SAW, yang tatkala sahabatnya di dalam gua kerisauan, baginda dengan tenang menenangkan: “Apakah pandangan kamu Wahai Abu Bakr, kita berdua dan Allah adalah yang ketiganya?”
Dan lihatlah bagaimana baginda selepas itu mengharungi fasa Madinah dengan lebih kuat, dengan lebih bijaksana, dengan kredibiliti yang lebih tinggi. Semuanya hasil peningkatan daripada cabaran-cabaran yang dilalui baginda.
Akhirnya, di akhir usia baginda, seluruh jazirah arab menerima cahaya Islam.
Semua ini terhasil daripada kekuatan, yang selama ini terbina daripada keperitan yang dilalui. Baginda tertingkat. Sahabat-sahabat baginda turut tertingkat. Lihatlah kekuatan keimanan yang ada pada Abu Bakr RA. Lihatlah kekuatan dan ketegasan Umar Al-Khattab RA. Perhatikan sahabat-sahabat yang lain, yang mengharungi perjuangan bersama baginda. Semuanya mengalami peningkatan. Mereka adalah yang lain, daripada mereka semasa di awal keislaman.
Sebab itulah, ketika Allah SWT memujuk Rasulullah SAW dalam Surah Ad-Dhuha, Allah SWT menyatakan:
“Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.” Surah Ad-Dhuha ayat 4.
Penutup: Maka kita perhatikan diri kita, dan cabaran-cabaran yang Allah SWT berikan.
Maka kita perhatikan diri kita semula. Cabaran-cabaran yang kita lalui. Ya, benar sukar. Ya, benar pedih. Ya, benar pahit. Tetapi lihatlah semula, apakah cabaran-cabaran itu diturunkan kepada kita sekadar sia-sia? Sekadar Allah nak bagi kita susah? Sekadar Allah nak cari fasal dengan kita? Sekadar Allah nak buat kita berputus asa?
Mustahil!
Allah itu tidak akan melakukan terhadap hamba-hambaNya demikian.
Di dalam kesukaran itu ada kekuatan yang sebenarnya Allah hendak binakan dalam diri kita. Diberikan kesusahan itu kerana Dia tahu kita mampu melaluinya, bila kita ‘push’ diri kita naik setahap lagi dalam hendak melangkaui halangan yang diberikan. Kita memang nampak macam tak mampu, tetapi Allah lebih tahu daripada kita sendiri, bahawa kita sebenarnya mampu.
Dalam ujian itulah adanya ‘upgrade’.
Tetapi tidak ramai kita melihatnya. Maka kita tewas. Kita jatuh. Kemudian kita salah-salahkan Allah. Sedangkan yang Allah ingin berikan kepada kita adalah kekuatan. Untuk mempersiapkan diri kita, akan sesuatu yang mungkin lebih besar lagi pada masa akan datang.
Maka di sinilah kita lihat semula kesukaran-kesukaran kita. Muhasabah.
Pasti di dalamnya ada kebaikan. Maka harungilah dengan penuh ketabahan. Bersangka baiklah kepada Allah SWT. InsyaAllah, apabila kita


http://langitilahi.com